Infotainment

‘If I Know Waktunya Cuma Ini, Pasti Berbeza’ – BCL

‘If I Know Waktunya Cuma Ini, Pasti Berbeza’ – BCL 2

Selebriti popular Indonesia, Bunga Citra Lestari menerusi temubual bersama Daniel Mananta, menceritakan kisah cinta bersama allahyarham suami, Ashraf Sinclair. Setelah hampir setahun pemergian suami, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL dilihat semakin kuat menerima suratan takdir.

BACA: Masih Mencari Kekuatan, BCL Umum Berundur Sebagai Juri Indonesian Idol

Menerusi perkongsian video di Instagram, BCL meluahkan isi hati berharap mempunyai lebih banyak waktu untuk menghargai arwah suami. Seandainya dia tahu ‘masa’ sudah tidak lama, mesti semuanya berbeza.

Mungkin waktu-waktu sebelumnya. Ini yang saya rasakan. Saya selalu berlari, mengejar apa? Apa yang saya kejar selama ini? Tidak ada. Saya selalu ‘lari’ dengan kareer saya. Bukan bererti saya tidak peduli. Saya ada waktu dengan Ashraf. Saya ada waktu dengan anak saya. Tapi kalau keadaannya begini, saya tentu berharap seandainya punya lebih banyak waktu. Saya ada aturan dalam hidup, sudah bahagikan kerjaya dan keluarga. Saya masak dan semuanya. If I know, waktunya cuma ini, pasti berbeza.

Tambahnya lagi, sekarang dia rasa lebih dekat dengan Allah SWT. Setiap kali beribadah dan berdoa, dia merasakan Ashraf turut ada disitu.

Once you know someone like that, perspektif kamu berubah. Berbeza. Kamu lihat tadi begini, sekarang sudah begini. Saya berusaha, i feel more connected with God. Saya menikmati proses beribadah, saya rasa Ashraf dengan Allah sekarang. Setiap kali saya menemui Allah dalam doa saya, dalam ibadah saya.. Ashraf ada disitu.

Tidak menyangka suami akan pergi dengan sekelip mata, pemergian Ashraf memberi tamparan hebat buat dirinya. Malah, dia mengambil masa yang agak lama untuk bangkit dan mencari kekuatan. Katanya lagi, seminggu selepas Ashraf tiada, dia baru sebetulnya merasakan kehilangan sehingga sakit di bahagian dada dan sukar bernafas.

Temu bual penuh kisah cinta ini dikongsikan di laman Youtube rasmi Bunga Citra Lestari. Baru sehari dimuatnaik, perkongsian ini sudah mencecah lebih 700k tontonan.



‘If I Know Waktunya Cuma Ini, Pasti Berbeza’ – BCL 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo