Infotainment

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 2

Mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn telah didiagnosis penyakit karotenemia, pelakon Ika Nabella tampil memaklumkan punca penyakit itu adalah disebabkan oleh pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah.

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 3

Menurut laporan Gempak, perkara itu dikongsi sendiri oleh Ika menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 4Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 5

“Makcik dan pakcik sila doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna. Dia kini didiagnosis sebagai bayi karotenemia atau orang selalu memanggil ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya. Pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia suka lobak merah sangat. Phewww. Salah Ibu.”

Namun begitu, Ika menyatakan karotenemia atau jaundis palsu iaitu salah satu jenis penyakit kuning adalah tidak merbahaya cuma ibu bapa wajar merawat perubahan warna kulit anak.

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 6

“Tapi jangan risau Noah baik-baik saja, keadaan ini tidak berbahaya cuma Mommy dan Ayah kena merawat perubahan warna kulitnya. Terlalu banyak pigmentasi kuning pada kulit dan peningkatan beta-karotin dalam darah. Sekarang! Tiada lagi lobak merah atau labu! Kita pergi hijau ok dan merah.”

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 7

Menjengah ke ruangan komen posting berkenaan, majoritinya mendoakan agar kesihatan anaknya sentiasa terpelihara, malah tidak ketinggalan menitip kata-kata positif agar kanak-kanak itu kembali sihat seperti sedia kala.

Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 8

Untuk rekod, Ika telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016. Selepas menjalin hubungan bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019 di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Sumber: Gempak



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Ika Nabella Dedah Anak Lelakinya Hidap Penyakit Karotenemia 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo