Infotainment

Ika Nabella Kini Berhijab, Mahu Jadi Isteri & Ibu Yang Baik

Ika Nabella Kini Berhijab, Mahu Jadi Isteri & Ibu Yang Baik 1

Ika Nabella Kini Berhijab, Mahu Jadi Isteri & Ibu Yang Baik 2

Memuat naik imej bertudung sejak beberapa hari lalu, penampilan pelakon Ika Nabella menjadi perhatian ramai. Akhirnya terbuka hati untuk berhijab, Ika berkata dia masih dalam proses untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Berkongsikan perkara itu secara perlahan-lahan, Ika berkata dia bimbang jika penghijrahannya itu akan terjejas. Masih menyesuaikan dengan imej baru itu, Ika berkata dalam masa sama mahu menjadi isteri dan ibu yang baik.

“Sejujurnya saya memang dah niat nak berhijab lama tetapi hati saya berbolak balaik dan saya dah banyak kali cuba-cuba pakai tudung cuma saya rasa masa tu banyak fikir duniawi dan karier saya.

“Bila sekarang di usia 31 tahun saya dah dapat apa yang saya nak walaupun kehidupan sangat-sangat sederhana, bagi saya Allah dah bagi semua yang saya minta.

“Masa bujang dulu saya nak sangat kahwin dan Allah hadirkan suami dan selepas kahwin dalam masa tiga tahun saya doa sangat nak anak. Allah kurniakan zuriat masa tu, saya terdetik apa saya nak semua dapat taip saya tak sempurna menutup aurat dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ika berkata anaknya menjadi pendorong dirinya membuat keputusan untuk berhijab dan juga memulakan perniagaan baru. Ujarnya, dia mahu menjadi contoh yang baik untuk anaknya.

“Anak banyak mengajar dan memberi dorongan kerana saya nak memori dia penuh dengan benda baik-baik dan lihat saya sebegai role model,” katanya.

Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Aznam pada 30 Julai 2016 dan menimang cahaya mata lelaki, Muhammad Noah Zayn pada 23 Oktober 2019.



Ika Nabella Kini Berhijab, Mahu Jadi Isteri & Ibu Yang Baik 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo