Infotainment

Impak Pasca Banjir, Syarikat Insurans Kereta Berdepan Tuntutan Sehingga RM3 Bilion

Impak Pasca Banjir, Syarikat Insurans Kereta Berdepan Tuntutan Sehingga RM3 Bilion
Impak Pasca Banjir, Syarikat Insurans Kereta Berdepan Tuntutan Sehingga RM3 Bilion 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kejadian banjir besar yang berlaku di beberapa tempat pada baru-baru ini telah menyebabkan setiap mangsa terpaksa menanggung sejumlah kerugian yang agak besar.

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa industri insuran am berdepan dengan tuntutan berkaitan banjir yang dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.

Memetik laporan Berita Harian, anggaran itu termasuk daripada tuntutan persendirian dan komersial yang berpotensi dan sebenar, berpunca daripada banjir kilat selain musim tengkujuh yang akan datang dalam beberapa minggu serta bulan akan datang.

“Disebabkan banjir teruk luar biasa seperti yang dilaporkan secara meluas di pelbagai tempat dalam negara ini, industri insuran am berpotensi menghadapi peningkatan sebanyak RM2 bilion hingga RM3 bilion jumlah pendedahan tuntutan berkaitan banjir,” kata pihak PIAM.

Tambah PIAM lagi, industri insuran am turut menghulur bantuan dengan menyumbang RM2.43 juta kepada Dana Bantuan Banjir @ Dis 2021 yang baru ditubuhkan sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyokong komuniti permotoran yang terjejas teruk ketika waktu sukar ini.

“Inisiatif industri insurans am ini akan melebihi komitmen sedia ada oleh penanggung insurans sejak bencana banjir berlaku, iaitu mempercepatkan penyelesaian tuntutan, menyediakan langkah bantuan khas tambahan, dan bantuan ‘ad hoc ex-gratia’ selanjutnya, seperti yang ditentukan oleh penanggung insurans am individu,” katanya.

Bantuan CSR ini pada awalnya adalah dalam bentuk subsidi ke arah pembersihan di bengkel untuk kenderaan yang terjejas secara langsung akibat banjir yang mana masih belum dibaiki lagi pada peringkat ini.

“Subsidi ini bagaimanapun dihadkan sekali beri bagi setiap kenderaan sebanyak RM500 untuk kereta atau kenderaan perdagangan dan RM100 untuk motosikal.

“Pihak yang menuntut perlu mengemukakan bukti diperlukan mengenai kerosakan banjir pada kenderaan mereka dan bukti perlindungan insurans terdahulu.

“Kenderaan terbabit mestilah sama ada diinsurankan pada masa ini (sebarang jenis polisi motor dengan atau tanpa perlindungan banjir adalah layak) atau kenderaan yang kali terakhir diinsurankan pada 1 Jun 2021.

“Pada peringkat ini, dana akan ditutup sebaik sahaja jumlah yang dicagarkan sebanyak RM2.43 juta sudah habis digunakan,” jelas persatuan terbabit.

PIAM turut mengalu-alukan pelbagai pihak atau industri lain dalam memberikan sumbangan kepada Tabung Bantuan Banjir, di mana ia dapat memanjangkan hayat dana itu dan seterusnya membantu lebih ramai pihak yang terjejas.

Baca ulasan yang dikeluarkan oleh seorang profesor mengenai banjir kilat yang melanda Lembah Klang baru-baru ini.

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

Orang Ramai Diminta Semak Semula Dengan Pihak Insuran Dan Takaful Untuk Proses Tuntutan Banjir


Impak Pasca Banjir, Syarikat Insurans Kereta Berdepan Tuntutan Sehingga RM3 Bilion 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list