Infotainment

Ina Naim Jual Kosmetik, Pakaian Tambah Pendapatan Keluarga

Ina Naim Jual Kosmetik, Pakaian Tambah Pendapatan Keluarga 2

Sekian lama menyepi, nama bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad kembali menjadi bualan ramai apabila dilaporkan mengalami masalah kesihatan mata yang kronik.

Malah, Suhaimi kini perlu bergantung pada isterinya, Ina Naim kerana masalah yang dihadapinya itu membataskan penglihatan dan pergerakannya sehinggakan dia perlu berjalan menggunakan tongkat.

BACA: Sakit Mata Kronik, Suhaimi Saad Tak Tolak Kemungkinan Kena Buatan Orang

Ina berkata segala urusan umah tangga kini diuruskan olehnya dengan bantuan anak-anak. Malah, Ina juga membantu Suhaimi berjalan dan memenuhi undangan nyanyian.

“Ina yang banyak membantu seperti memandu kereta jika ada undangan nyanyian di sekitar Kelantan manakala di luar dari Kelantan, saya mengupah pembantu,” katanya.

Menurut Ina dia kini menjual barangan kosmetik dan pakaian di media sosial untuk menambah pendapatan keluarga. Dalam masa sama, Ina menjadi guru anak-anak mereka yang mengamalkan konsep home schooling.

“Ina juga berniaga barangan kosmetik, pakaian di laman sosial dan menerima tempahan menyediakan makanan bagi membantu menambah pendapatan keluarga.

“Kehidupan kami sekeluarga di Kelantan berjalan lancar dan bahagia kerana dikelilingi keluarga angkat yang melimpahkan kasih sayang dan sentiasa memberikan sokongan walaupun berjauhan daripada ibu bapa Ina di Johor,” kata Suhaimi.



Ina Naim Jual Kosmetik, Pakaian Tambah Pendapatan Keluarga 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo