Infotainment

Individu Misteri Larang Ashira Kahwin Dengan Bad Indigo, Desak Putus Hubungan

Individu Misteri Larang Ashira Kahwin Dengan Bad Indigo, Desak Putus Hubungan 2

Penyanyi Ashira yang sebelum ini mengumumkan sedang menjalin perhubungan dengan Bad dari kumpulan Indigo mendedahkan bahawa dia sering diganggu seorang individu dipercayai remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendesaknya agar tidak berkahwin dengan kekasihnya itu.

Ashira dalam beberapa hantaran Instagram Storynya telah menunjukkan salinan tangkap layar mesej daripada individu terbabit yang mengatakan dia sama sekali tidak layak untuk berkahwin dengan Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46.

Penyanyi lagu Ombak Resah itu yang ditemui media juga berkata bahawa dia sudah beberapa kali menyekat akaun remaja terbabit namun tetap diganggu oleh gadis tersebut melalui akaun palsu.

“Sejak berita hubungan saya dengan Bad disiarkan media, saya mendapat banyak mesej daripada remaja itu dan telah beberapa kali menyekat akaunnya. Tetapi dia banyak akaun palsu. Kalau dia mesej saya dan tak dilayan, dia serang dan maki pula akaun peminat saya. Malah, dia turut membuka sebuah akaun @hatersashiraaziz kerana terlalu bencikan saya.”

Namun, ibu tunggal kepada seorang anak lelaki ini menjelaskan bahawa individu tersebut telah memohon maaf di atas perbuatannya selama ini.

Lebih memilih untuk tidak mengambil serius akan perkara tersebut, Ashira berkata dia tidak mempunyai sebaran masalah dengan remaja terbabit dan telah pun memaafkan perbuatan yang dilakukannya.

Terdahulu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz memberitahu media tempatan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan Bad dan bakal bernikah pada Mac ini. Difahamkan juga, perasaan cinta antara mereka mula berputik setelah bersama-sama menyertai sebuah program nyanyian iaitu Gegar Vaganza musim ke-7 pada tahun lalu.



Individu Misteri Larang Ashira Kahwin Dengan Bad Indigo, Desak Putus Hubungan 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo