Artikel Terkini

Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya!

Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya!
Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya! 1

Sebelum anda membuat keputusan mahu memiliki rumah ‘landed’ adalah sangat penting untuk kita mengetahui kelebihan dan kekurangan sebelum membelinya. 

Bukan itu sahaja, sebagai pembeli anda juga harus mengkaji kelebihan dan kekurangan memiliki kediaman jenis ‘rumah landed’ ini untuk kesan jangka masa panjang. 

Jadi, mari kita lihat kelebihan yang ada pada kediaman jenis ‘rumah landed’ ini. 

Kelebihan ‘Rumah Landed’

Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya! 2

1.Ruang yang lebih besar

Rumah bertanah atau rumah bawah ini adalah sememangnya amat sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. Ini kerana, rumah ‘landed’ kebiasaannya memiliki ruang yang lebih luas dan besar.

Jadi, sudah pastinya rumah ‘landed’ adalah pilihan yang sesuai khusus bagi mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai.

Selain itu, anda juga bebas untuk membuat pengubahsuaian dan modifikasi pada rumah anda tanpa perlu membimbangkan kekangan saiz kediaman anda.

2. Nilai jualan semula yang tinggi

Bergantung pada lokasi dan infrastruktur berhampiran, harga rumah ‘landed’ biasanya akan naik dengan lebih cepat dalam jangka masa panjang.

Malah, ada baiknya anda menyimpan hartanah ini sekurang-kurangnya untuk lima tahun sebelum menjualnya untuk mendapatkan pulangan yang lebih bagus.

3.Suasana tenang dan sunyi

Oleh kerana ruang yang terhad di pusat bandar raya yang kepadatan penduduknya tinggi, anda akan dapati rumah ‘landed’ umumnya terletak jauh dari kesibukan kota dan lebih tenang.

Jadi, dengan rumah ‘landed’ ini anda akan memiliki persekitaran yang lebih tenang dan sunyi.

Di samping itu, ruang yang lebih besar dari satu rumah ke rumah akan mengurangkan gangguan akibat bunyi bising jiran sekeliling. Baru lah seronok kan?

Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya! 4

Kekurangan ‘Rumah Landed’

1. Lebih mahal jika berdekatan dengan bandar

Jika anda ingin tinggal 10 ke 15 minit pemanduan ke tempat kerja anda di bandar, bersedialah untuk membeli dengan harga yang tinggi. Seperti sedia maklum, rumah ‘landed’ agak mahal harganya jika di kawasan seperti ini.

Namun begitu, anda boleh temui pilihan kediaman yang mampu milik di kawasan yang lebih jauh dari bandar, tetapi anda perlu memikirkan kos perjalanan harian pula.

2. Kos penyelenggaraan yang lebih

Sudah semestinya ruang yang besar, tanggungjawab pun juga besar. Anda perlu menanggung kos baik pulih, penyelenggaraan dan sebagainya.

Jika ada memiliki halaman yang luas di kediaman rumah ‘landed’, anda perlu memikirkan soal penjagaannya termasuk kos pemotongan rumput.

3. Keselamatan

Dari segi sudut kawalan keselamatan pula, jika kawasan kediaman rumah ‘landed’ anda tiada perkhidmatan pengawal keselamatan yang dipercayai dan alat penggera rumah, rumah and berisiko menjadi sasaran aktiviti pecah rumah, terutamanya kawasan kediaman lama yang tidak berpagar dan berpengawal.

Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya! 6
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Sumber: PropertyGuru Website 

Ingin Memiliki Rumah ‘Landed’? Jom Ketahui Kelebihan & Kekurangan Sebelum Membelinya! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list