Artikel Terkini

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!
Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda! 1

Ada di kalangan anda meminati dengan konsep rumah yang bercirikan resort yang terletak di tengah-tengah kawasan bandaraya atau ibu kota khususnya? Kalau ada yang sedemikian, sudah pasti anda sememangnya seorang pencinta kepada kota metropolitan dan gemarkan sesuatu yang moden. 

Bagi anda yang inginkan membuat pengubahsuaian rumah dan sedang mencari sumber ilham dan idea yang menarik, mungkin konsep rumah yang bercirikan resort di tengah bandar ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi anda. 

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Untuk maklumat anda, rumah banglo yang tertera pada gambar terletak di kawasan perumahan Grandville USJ1 dan merupakan hasil kerja oleh arkitek dan juga pereka seni dalaman rumah hebat, NDC Design. 

Dengan rekaan struktur binaan bangunan yang moden, NDC Design menyifatkan rumah ini sebagai sebuah rumah banglo yang padat dengan ciri-ciri rumah resort yang bertemakan modern tropikal. 

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Walaupun saiz keluasan tanah rumah ini tidak sebesar rumah banglo di kawasan perumahan lain, namun rumah yang mempunyai 3 tingkat dengan keluasan 5,500 kakipersegi ini tetap kelihatan luas daripada angka sebenarnya.

Salah satu faktor yang membolehkan ruang rumah ini tampak lebih luas adalah dari segi reka bentuknya yang mengunakan tingkap dari lantai ke siling dan pintu kaca yang boleh dibuka. Apabila pintu-pintu kaca dibuka, sempadan antara ruang dalaman dan luaran dihilangkan dan seakan-akan menjadi satu ruang yang lebih besar.

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda! Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Reka bentuk rumah ini juga mengunakan cara anjakan bangunan untuk membolehkan ruang dibawah menjadi satu ruang ‘semi outdoor’. Selain itu, dari segi material, sebagai arkitek dan juga pereka seni dalaman, NDC Design mengunakan bahan material yang konsisten dari luar bangunan sehingga ke ruang dalaman dengan penggunaan kayu di siling dan lantai.

Keseragaman dari luar bangunan sehingga ruang dalaman membolehkan ia menjadi satu rekaan kediaman yang tampak sangat unik, menarik serta moden. Sebagai sebuah rumah di kawasab yang bercuaca tropikal, rumah yang teduh dan pengudaraan yang mencukupi adalah satu kriteria yang penting sekali.

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda! Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Selain itu, perancangan yang rapi telah dibuat untuk meletakkan tingkap di kawasan yang strategik untuk mengalakkan pengudaraan silang dan juga membawa cahaya yang terang ke ruang dalaman.

Kolam renang dan kolam refleksi di sekeliling rumah juga berfungsi untuk merendahkan suhu dalaman dan juga menjadi satu ciri rumah resort walaupun rumah ini tarletak di kawasan bandar. Pemilihan pokok renek dan besar yang pelbagai menghasilkan pemandangan landskap yang berlapisan dan menyempurnakan arkitektur rumah keseluruhan. Menarik bukan?

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda! Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Lihatlah hasil keseluruhan rumah ini, tidak disangkal lagi NDC Design ternyata adalah antara salah satu arkitek dan pereka hiasan dalaman yang berbakat besar, berkebolehan tinggi dalam menghasilkan seni bina bangunan berkualiti tinggi.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda!

Baca artikel berikutnya: Adakah Anda Yakin Udara Yang Dihirup Dalam Rumah Sudah Cukup Bersih?

 


Inginkan Konsep Rumah Yang Bercirikan Resort Di Tengah Bandar? Ini Sumber Inspirasi Untuk Anda! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo