Berita

Ingkar PKPB, pengusaha restoran didenda RM800

Ingkar PKPB, pengusaha restoran didenda RM800 1

Ingkar PKPB, pengusaha restoran didenda RM800 2

Kuala Lumpur: Seorang pengusaha restoran didenda RM800 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah gagal memastikan restoran miliknya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhi hukuman itu terhadap Ng Chye Poh, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Lelaki itu didakwa gagal mematuhi SOP PKPB di restoran miliknya apabila tidak merekod butiran diri pelanggan di dalam buku daftar dan mengimbas kod QR bagi aplikasi MySejahtera, tiada penjarakan sosial pelanggan, tidak memeriksa suhu badan pelanggan dan menjalankan perniagaan berunsur hiburan dalam kawasan tempat berjangkit yang telah diwartakan kerajaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Station One Signature, Tingkat Bawah, Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara, Cheras, pada 7.40 malam, 8 November lalu.

Ng didakwa mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran, bagaimanapun OKS yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan tidak mampu berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Saya mohon maaf, kadang-kadang pelanggan akan datang dan kita tak dapat kawal mereka, tetapi selepas ini saya akan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Ingkar PKPB, pengusaha restoran didenda RM800 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo