Infotainment

Ini 5 Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid Yang Wajib Ditonton

Ini 5 Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid Yang Wajib Ditonton
Ini 5 Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid Yang Wajib Ditonton 1

Mamat Khalid, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri filem negara. Sebelum ini, seluruh Malaysia telah digemparkan dengan berita pemergian pengarah serta salah seorang karyawan ternama dalam negara kita iaitu Mamat Khalid.

Mamat Khalid atau nama sebenar beliau, Mohamad bin Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River, Perak kira-kira pukul 11.25 malam pada 24 Oktober lepas akibat serangan jantung.

Ann Khalid

Beliau terkenal dengan hasil karya bercorak komedi satira yang sangat unik serta mampu mencuit hati masyarakat yang menonton karyanya. Bukan itu sahaja, jenaka dan mesej yang disampaikan oleh beliau menerusi karyanya juga mudah untuk difahami dan dekat dengan jiwa penonton.

Bagi memperingati serta menzahirkan rasa penghargaan terhadap karya-karya yang beliau hasilkan, berikut merupakan senarai lima filem hasil tangan Allahyarham Mamat Khalid yang AmazingNara ingin kongsikan berdasarkan sumber daripada KakiMuvee. Korang wajib tonton okay!

1. Rock (2005)

Filem Mamat Khalid

Filem Rock ini diterbitkan pada tahun 2005 dan merupakan filem pertama trilogi Rock yang dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Khir Rahman, Que Haidar, Nabila Huda dan Siti Elizad.

Filem berlatarbelakangkan era 80-an ini mengisahkan tentang kisah pengembaraan kumpulan Rimba Bara untuk menjadi satu kumpulan Rock yang terkenal di tanah air.

Allahyarham Mamat Khalid berjaya mengembalikan nostalgia zaman rock menerusi iringan lagu-lagu rock yang pernah terkenal suatu ketika dahulu sepanjang perjalanan cerita di dalam filem ini.

2. Man Laksa (2006)

Filem Mamat Khalid

Filem Man Laksa ini diterbitkan pada tahun 2006 dan dibintangi oleh Yassin Senario, Sharifah Aleya, Saiful Apek serta ramai lagi pelakon hebat tanah air.

Ia sedikit sebanyak mengisahkan tentang malam anekaragam yang diadakan bertujuan untuk mengumpul derma bagi keluarga Pak Maon yang kehilangan harta bendanya disebabkan kebakaran pada musim banjir.

Filem yang penuh dengan jenaka serta plot yang sangat mudah difahami oleh penonton ini merupakan filem keempat hasil arahan dan terbitan Allahyarham Mamat Khalid.

3. Zombi Kampung Pisang (2007)

Filem Mamat Khalid

Filem Zombi Kampung Pisang ini diterbitkan pada tahun 2007 dan dibintangi oleh Awie, Dato AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Allahyarham Man Kadir, Allahyarham Zami Ismail, Soffi Jikan dan ramai lagi.

Ia mengisahkan tentang serangan zombi yang berlaku di Kampung Pisang serta tindakan Husin dan orang-orang kampung itu untuk menyelamatkan diri daripada zombi yang membuat kacau di kampung tersebut.

Mesej yang ingin disampaikan oleh Allahyarham Mamat Khalid dalam filem ini sebenarnya adalah untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang bahaya melakukan pencemaran alam sekitar.

4. Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010)

Filem Mamat Khalid

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini diterbitkan pada tahun 2010 dan dibintangi oleh Awie, Allahyarham Man Kadir, Allahyarham Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Usop Wilcha, Soffi Jikan dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tentang penduduk Kampung Pisang yang merasakan kampung mereka sudah selamat daripada serangan zombi tetapi ternyata mereka silap apabila diganggu pula hantu yang diberi jolokkan Hantu Kak Limah.

Apa yang menarik tentang filem ini adalah ia bukan sekadar filem komedi seram tetapi memaparkan satira komedi terhadap isu sosial yang scara tidak langsung sememangnya realiti dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

5. Rock Oo! (2013)

Filem Mamat Khalid

Filem Rock Oo! yang juga dikenali sebagai Rock Oo!: Rimba Bara Kembali ini diterbitkan pada tahun 2013. Ia bergenre komedi muzikal dan dibintangi oleh Que Haidar, Khir Rahman, Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Kamarul Haji Yusof.

Filem ini merupakan sambungan filem Rock dan masih lagi mengetengahkan cerita pengembaraan yang dilalui oleh kumpulan Rimba Bara untuk mencapai misi mereka menjadi kumpulan Rock terkenal tanah air.

Namun, terdapat konflik dan permasalahan baru yang perlu mereka selesaikan demi mengejar cita-cita mereka itu. Lakonan berkualiti daripada para pelakon dan dialog yang mempunyai maksud mendalam membuatkan filem ini sangat menarik untuk ditonton.

Demikian sahaja senarai lima filem buah tangan Allahyarham Mamat Khalid yang tidak dinafikan sememangnya kerap kali menjadi fenomena dan meniti di bibir masyarakat yang menonton.

Bukan sekadar untuk menghiburkan malah turut menyampaikan mesej kepada rakyat pada masa yang sama. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mamat Khalid dan mendoakan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Ini 5 Filem Arahan Allahyarham Mamat Khalid Yang Wajib Ditonton 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo