Infotainment

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX!

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX!
Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 1

Kasut Air Jordan membuat kemunculan pertama pada tahun 1985, kasut signature pemain bola keranjang lagenda Michael Jordan ini telah menetapkan satu tanda aras bagi dunia fesyen dan bukan hanya sekadar kasut bola keranjang biasa tetapi sekarang dilihat sebagai satu pelaburan untuk peminat-peminat sneakers.

Dengan kemunculan budaya hip hop yang semakin mendapat tempat di Malaysia dan pengaruh budaya pemakaian artis-artis rap daripada negara Amerika Syarikat,  jenama Air Jordan telah semakin melonjak naik di negara ini.

Oleh kerana permintaan terhadap kasut ini sangat tinggi, budaya ‘resell‘ ataupun menjual semula kasut muncul dan terciptalah laman-laman web untuk membeli kasut ‘resale‘ yang boleh dipercayai seperti StockX dan GOAT.

Berikut adalah 5 kasut Air Jordan yang termahal yang pernah terjual di laman web StockX:

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 2

 

5. Air Jordan 1 Chicago (1985) – $18,000 (RM76,167)

Air Jordan vintaj ini menjadi salah satu kasut termahal di StockX. Kasut Air Jordan dalam colorway Chicago ini merupakan colorway yang dipakai oleh Michael Jordan semasa musim pertamanya dalam pasukan Chicago Bulls, dan sangat sinonim dengan pengenalannya sebagai bintang dalam NBA.

Kasut Air Jordan 1 Chicago ini pada asalnya terjual dengan harga runcit hanya RM275 pada tahun 1985, tapi sekarang bernilai RM76,167 atau lebih kerana sukar untuk dicari.

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 3

4. Air Jordan 1 Dave White Wings For The Future Gold – $18,888 (RM79,924.57)

Pada Februari 2011, jenama Air Jordan telah berkolaborasi dengan artis UK, Dave White dengan mengeluarkan model Air Jordan 1 edisi terhad dan hanya 23 pasang kasut dalam model ini yang boleh didapati di seluruh dunia.

Kasut ini pada awalnya dijual dalam jualan lelong dan dibida dengan harga paling tinggi RM4231.50 ketika ia dikeluarkan. Tetapi sekarang harga kasut ini melonjak kepada RM79,924.57, menjadikan ia salah satu model Air Jordan 1 termahal yang pernah terjual di StockX.

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 4

3. Air Jordan 4 Eminem Encore – $22,567 (RM95,492.26)

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi rap Amerika terkenal di seluruh dunia iaitu Eminem. Pada tahun 2017, Eminem berkolaborasi dengan StockX untuk mengumpulkan dana bagi Marshall Mathers Foundation.

Kasut ini menjadi lebih eksklusif dari versi original pertama yang dikeluarkan pada tahun 2005, dimana hanya 23 pasang saja kasut ini dikeluarkan. Air Jordan 4 Eminem Encore 2017 boleh didapati dengan harga biasa setinggi RM95,492.26.

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 5

2. Air Jordan 11 Premium Derek Jeter – $23,000 (RM97,324.50)

Demi meraikan kemasukan Derek Jeter dalam kategori Hall of Fame dalam kareernya bermain baseball. Jenama Jordan telah mencipta satu model edisi terhad iaitu Air Jordan 11 Premium Derek Jeter. Hanya lima pasang sahaja dijual kepada awam dengan cara menggunakan kad gores dan menang yang dijual di pop-up shop berdekatan dengan Stadium Yankee.

Dalam 5 pasang hanya sepasang sahaja yang berjaya dijual dalam laman web StockX dan harga pasaran mencecah setinggi RM97,324.50 menjadikannya model Air Jordan 11 yang termahal dalam sejarah StockX.

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 6

1. Air Jordan 4 Travis Scott Purple – $25,000 (RM105,787.50)

Dengan namanya yang kini melonjak naik di seluruh dunia, penyanyi rap terkenal Travis Scott juga tidak ketinggalan berkolaborasi dengan jenama Jordan. Air Jordan 4 Travis Scott Purple Friends and Family (f&f) dikatakan hanya diberi kepada rakan-rakan dan juga keluarga Travis.

Walaupun ramai peminat yang mempercayai bahawa kasut ini akan dikeluarkan ke pasaran awam, DJ kepada Travis Scott, Chase B menafikan perkara tersebut dan kasut ini tidak akan dikeluarkan secara besar-besaran kepada awam.

Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 7


3 bulan lalu

“Patutlah Cantik Semacam” – Netizen ‘Siasat’ Harga Air Jordan Nabil Ahmad Cecah RM11,919!


Ini 5 Kasut Air Jordan Termahal Yang Pernah Terjual Di StockX! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list