Infotainment

“Ini Anugerah Pertama Sepanjang 36 Tahun Hidup”

"Ini Anugerah Pertama Sepanjang 36 Tahun Hidup" 1

"Ini Anugerah Pertama Sepanjang 36 Tahun Hidup" 2

Merangkul dua kemenangan iaitu Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Jumaat lalu, Sherry Alhadad akui hilang kata-kata sebaik namanya diumumkan.

Tidak dapat menahan sebak apabila ditemubual di belakang pentang, Sherry berkata dia masih lagi terkejut serta tidak pernah menjangkakan kemenangan tersebut selepas 14 tahun berada dalam industri seni tanah air.

BACA: Usop Mohon Maaf Tak Sengaja Body Shaming Sherry Alhadad

“Saya mengalirkan air mata apabila teringat betapa sukarnya untuk berada dalam industri seni ini. Tak mudah buat orang terima. Saya berusaha dan merempuh kata-kata orang ramai.

“Jujurnya, saya masih terkejut. Saya tak pernah terfikir menang anugerah sepanjang bekerja. Sememangnya, saya ikhlas untuk berada dalam industri seni.

“Saya tak pernah rasa gementar seperti ini dalam hidup saya. Ini kerana saya selalu berada atas pentas sebagai seorang pengacara dan jarang tersilap cakap. Tetapi, saya sendiri tak tahu apa yang saya cakap apabila berada atas pentas mengambil anugerah,” katanya kepada BH Online.

Kemenangan pertama sepanjang 36 tahun, Sheery berkata kejayaannya itu sekali gus membuktikan pengacara bertubuh besar itu memiliki bakat yang dihargai peminat.

“Ini adalah anugerah pertama sepanjang 36 tahun hidup. Anugerah ini sudah tentu hasil menerusi usaha dan sokongan kelab peminat, Sherrylicious.

“Walaupun sebenarnya jumlah kami kecil jika mahu dibandingkan dengan kelab peminat lain, tetapi mereka mampu menggoncangkan ABPBH 33,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata anugerah itu bukan untuknya mendabik dada dengan apa yang dimiliki. Ujarnya, anugerah itu juga sebagai pendorong semangat kepada mereka yang lain untuk menjadi kekurangan sebagai kelebihan.

“Saya berada dalam dunia seni bukan untuk membuktikan saya mampu menang anugerah. Ia disebabkan saya rasa sudah usaha untuk sampai ke tahap ini.

“Nasihat saya, tak kisah apa yang anda miliki, jadi diri sendiri. Sekiranya, rasa berbakat, cuba berusaha untuk membuktikan apa yang ada. Yang penting adalah niat, sekiranya ikhlas, insya-Allah hasilnya pasti baik,” katanya.



"Ini Anugerah Pertama Sepanjang 36 Tahun Hidup" 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo