Infotainment

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds
Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, Taman Tema Genting SkyWorlds kini telah dibuka secara rasmi dan akan membawa para pengunjung mengembara ke sembilan ‘dunia’ yang diinspirasikan oleh filem dan pengembaraan.

Team The Vocket menjadi yang terawal masuk ke Genting SkyWorlds sebelum ia dibuka secara rasmi kepada orang awam. Maka, kami ingin kongsikan beberapa tip dan trik untuk anda ‘enjoy’ sepenuhnya di Genting SkyWorlds. Ayuh kita mulakan!

1. Muat turun aplikasi Genting SkyWorlds

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 2

Aplikasi Genting SkyWorlds yang cukup mesra pengguna

Aplikasi Genting SkyWorlds ini sangat memudahkan untuk anda yang mahu berkunjung ke sini kerana anda boleh membeli tiket masuk dan redeem di kaunter.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 4

Boleh rancang mahu ke permainan yang anda inginkan tanpa perlu sesat

Bukan itu sahaja, anda juga boleh kurangkan masa menunggu dengan menempah awal untuk menaiki ‘rides’ yang ada. Malah, tidak perlu bimbang jika anda takut nak pegang kamera ketika menaiki permainan kerana sesetengah permainan ada kamera menangkap moment anda dan gambar tersedia di dalam aplikasi.

2. Berpakaian selesa dan bawa baju hujan pakai buang

@juice.my

Got to hang out at Genting Skyworlds Theme Park and cuci mata 👀 #GentingSkyWorlds #GSWmemories #fypmalaysia #fashiontok2022 #gentinghighlands

♬ masquerade x mtr – jovynn

Disebabkan taman tema ini berada di luar maka anda akan berasa sejuk dan nyaman. Oleh itu, anda dinasihatkan memakai pakaian yang selesa dan bersesuaian.

Untuk pengetahuan anda, ada permainan yang akan menyebabkan anda basah kerana terkena air iaitu di Epic Voyage to Moonhaven dan Epic Hummingbird Flyers. Pastikan jika anda tidak bawa baju hujan pakai buang, anda main permainan ini sebelum pulang dan bukannya ketika anda masuk.

3. Tidak perlu loker

Menariknya, anda tidak perlukan loker khas kerana di setiap permainan disediakan tempat untuk anda meletakkan barangan berharga serta barangan yang tidak dibenarkan dibawa ketika menaiki permainan. Memang sangat memudahkan pengunjung.

4. Permainan wajib dicuba

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 6

ESD Global Defender, permainan yang membuatkan anda rasa anda seekor burung

Bagi menjimatkan masa, ini adalah antara permainan anda wajib cuba iaitu ESD Global Defender dan Alpha Fighter Pilots yang akan membuatkan anda menjerit kerana berpusing laju di udara.

Tidak hanya itu, anda juga perlu mencuba Independence Day: Defiance kerana anda akan merasai pengalaman 4D yang cukup ‘real’. Sebuah penggembaraan dari bumi yang menunjukkan keindahan Kuala Lumpur ke angkasa lepas tetapi diserang oleh makhluk asing akan buatkan anda berdebar.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 8

Alpha Fighter Pilot, permainan yang membuatkan anda seperti seorang juruterbang di angkasa

Selain itu, jika anda sukakan permainan ekstrem bolehlah mencuba Terraform Tower Challenge. Anda akan ditawarkan dengan keseronokkan dan pemandangan yang indah dari atas sebelum ia turun dan memberikan anda ‘adrenalin rush’.

5. Permainan untuk keluarga

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 10

Sid’s Rock ‘N’ Slide, permainan yang santai

Bagi anda yang membawa anak-anak kecil, ini adalah permainan yang sesuai untuk anda bersama keluarga cuba. Anda boleh terus ke Rio Carnaval Chaos, Epic Voyage To The Moon dan juga Epic Hummingbird Flyers.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 12

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 14

Pameran di Night at the Museum

Malah, anda juga boleh terjah ke Sid’s Rock ‘N’ Slide, Blue Sky Carousell dan Night At The Museum: Midnight Mayhem. Permainan-permainan ini tidaklah ekstrem seperti permainan lain dan anak-anak anda juga boleh ‘enjoy’.

6. Makanan

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 16

Tempat makan dan berehat

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang ada di dalam taman tema dan anda tidak perlu keluar semata-mata untuk membeli makanan. Antara kiosk makanan yang menjadi pilihan adalah Burger Stall, Harry Ramsden Fish And Chips dan juga Hot Dog Stall.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 18

Set kombo sosej bersama chips dan air dengan bekas istimewa berharga RM30

Lebih istimewa, jika anda membeli set kombo, makanan anda akan diletakkan dalam bekas khas dan anda boleh bawa pulang untuk dijadikan sebagai cenderahati. Malah, banyak tempat yang disediakan untuk anda duduk nikmati makanan anda.

7. Insta-worthy

Bagi anda yang gemar bergambar, setiap sudut dalam Genting SkyWorlds ini sangat ‘Insta-worthy’ dan pasti ramai akan terpegun lihat gambar-gambar yang anda ambil di sini.

Almaklumlah, anda akan seperti berada di zaman dan tempat berbeza. Mungkin mereka yang takut untuk menaiki permainan boleh bertukar-tukar baju mengambil gambar di sekitar Genting SkyWorlds.

8. Persembahan di Rio Centro Stage

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 20

Persembahan di Rio Centro Stage

Pastikan anda semak dahulu bila persembahan akan diadakan di Rio Centro Stage ini. Ketika kami berkunjung, persembahan berlansung pada jam 4 petang, sejam sebelum taman tema tersebut ditutup kiranya seperti penutup selepas bermain permainan yang mengujakan.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 22

Bangunan berwarna-warni di Rio

Anda dapat melihat tarian yang cukup mempesonakan dan disekelilingi kawasan tersebut cukup indah untuk anda bergambar. Anda akan dapat berhibur dan semestinya menari bersama jika mahu.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 26 permainan dan tarikan yang tersedia di Genting SkyWorlds. Walau bagaimanapun, 5 permainan belum tersedia ketika ini tetapi anda masih boleh ‘enjoy’ berkunjung ke sini.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 24

Pemandangan Genting SkyWorlds daripada cable car

Sebelum terlupa, Genting SkyWorlds dibuka dari jam 11 pagi hingga 6 petang dan kami cadangkan untuk anda naiki bas di KL Sentral untuk ke Genting Highlands. Kemudian, anda bolehlah menaiki cable car dan melihat keindahan Genting SkyWorlds dari atas dan mengelakkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Secara jujur, Genting SkyWorlds ini lebih sesuai untuk dewasa kerana permainan yang berpusing-pusing dan ekstrem. Malah, kebanyakan permainan boleh dinaiki pengunjung yang memiliki ketinggian minimum 90cm dan ada juga minimum ketinggian bermula dari 110cm, makanya anda boleh semak melalui aplikasi Genting SkyWorlds terlebih dahulu.

Ini masanya anda berkunjung ke sini kerana sekarang ada diskaun 20 peratus daripada kadar yang disiarkan untuk tempahan mulai 8 Feb hingga 31 Mac 2022 iaitu dari RM189 kini berharga RM151 sahaja. Tunggu apa lagi?

Ketahui lebih lanjut tentang taman tema Genting SkyWorlds pada pautan di bawah ini.

Taman Tema Genting SkyWorlds Dibuka 8 Februari, Harga Tiket RM189

Cawangan Pertama Five Guys Di Malaysia Kini Dibuka, Harga Burger Bermula RM35

Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang


Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Buat Sebelum Tempah Tiket Ke Genting SkyWorlds 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list