Infotainment

Ini Cara Mudah Pinjam E-Book Di Perpustakaan Tempatan Secara Percuma

Ini Cara Mudah Pinjam E-Book Di Perpustakaan Tempatan Secara Percuma
Ini Cara Mudah Pinjam E-Book Di Perpustakaan Tempatan Secara Percuma 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seperti ramai sedia maklum, medium bacaan digital semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Malah, tidak dinafikan pelbagai info terkini lebih mudah didapati dalam bentuk digital khususnya secara terus menerusi telefon pintar.

Dalam pada itu, tahukah anda, para pengguna berpeluang meminjam buku digital atau lebih dikenali sebagai ebook menerusi beberapa perpustakaan yang tersedia dalam negara.

Menerusi perkongsian Twitter @ariefhs, beliau telah mengongsikan cara-cara untuk meminjam ebook dengan mudah. Difahamkan pembekal sistem pinjaman ebook tempatan paling besar berada di bawah jenama eLib.

Menerusi pinjaman secara digital, terdapat perpustakaan yang memerlukan pengguna mendaftar terlebih dahulu untuk meminjam ebook sehingga 7 hari pinjaman.

Bukan itu sahaja, kehadiran perpustakaan digital membolehkan sesebuah organisasi atau individu mewakafkan buku seperti yang dilakukan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Dr Maszlee Malik. Tidak hanya difokuskan kepada buku ilmiah sahaja, para peminat meminja, ebook yang terdiri daripada novel dan juga buku kanak-kanak.

Cara-cara untuk meminjam ebook

1. Klik Register pada laman perpustakaan yang dipilih

2. Muat turun aplikasi PNM e-Reader yang tersedia pada Android dan iOS

3. Layari laman PNM eLib untuk menyemak dan meminjam buku terpilih

Semoga inisiatif eSentral dalam menerbitkan ebook ini sekaligus bakal memupuk minat membaca buat rakyat Malaysia tanpa mengira lapisan umur tanpa perlu berbelanja besar mendapatkannya.


Ini Cara Mudah Pinjam E-Book Di Perpustakaan Tempatan Secara Percuma 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo