Infotainment

Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir

Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir 1

Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir 2

Kejadian banjir pada tahun ini merupakan antara paling teruk berlaku yang pernah berlaku di negara kita yang telah menjejaskan beberapa buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak dan Johor.

Walaupun kita sudah menonton video-video tular di media sosial yang menunjukkan beberapa buah kenderaan mampu mengharungi arus banjir dengan ‘selamat’, sebenarnya perbuatan memandu kereta dan menunggang motosikal tersebut bukanlah satu perkara yang bijak kerana ia meningkatkan lagi risiko ‘kemalangan tidak berbau’ semasa saat genting ini.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa kemungkinan kemalangan tidak berbau yang boleh berlaku semasa kenderaan anda meredah banjir.

1. Kenderaan tersangkut ditenggelami air

vocket-tidak-boleh-redah-banjir-myvi-4

Sumber Gambar: YouTube Buletin TV3

Apabila anda melalui kawasan yang air telah menutupi permukaan jalan, jangan sesekali melalui kawasan tersebut jika anda tidak tahu kedalaman air tersebut. Lebih-lebih lagi apabila anda melalui kawasan terbabit pada waktu malam.

Kemungkinan kenderaan anda ‘tersangkut di dalam banjir (atau lebih buruk lagi, kenderaan anda ‘hanyut’ dibawa arus deras) agak tinggi akibat terdapatnya lubang, longkong atau gelombang air yang besar yang menyukarkan kenderaan anda untuk bergerak keluar dari kawasan banjir tersebut.

2. Enjin mati akibat ‘hydrolock’

vocket-tidak-boleh-redah-banjir-hydrolock-enjin

Sumber Gambar: Carthrottle.com

Ini bagi mengelakkan air memasuki ruang enjin yang akan mengakibatkan masalah hydrolock akan berlaku pada enjin anda. Masalah ini timbul apabila kenderaan mengharungi banjir samada kerana paras air melebihi paras air intake atau kelajuan yang menyebabkan wujud gelombang air tall bow wave.

Apabila hydrolock berlaku, anda akan dapati enjin akan mula membuat bunyi yang kuat dan bising mengakibatkan enjin akan mati sepenuhnya. Sudahlah enjin mati ditengah-tengah banjir, selepas itu anda perlu menghantar kenderaan ke bengkel untuk membaikinya pula.

3. Komponen-komponen kenderaan berpotensi tinggi untuk rosak

vocket-tidak-boleh-redah-banjir-motosikal

Sumber Gambar: BERNAMA

Majoriti komponen-komponen yang ada pada kenderaan agak sensitif apabila basah terkena air, apatah lagi bila ‘berendam’di dalam air banjir. Brek kurang mencengkam, penapis minyak pelincir bercampur dengan lumpur, ruang kabin kereta menjadi ‘mini swimming pool’, kusyen kenderaan berbau & berkulat dan lain-lain lagi. Ini antara kesan-kesan yang anda akan alami apabila kenderaan anda ‘berendam’ di dalam air banjir.

Penulis sendiri pernah merasai pengalaman meredah banjir untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Cheneh, Terengganu sekitar bulan Disember 2014 yang lalu. Seribu satu perasaan yang menyerang pada masa yang sama – panik, seram, sejuk dan lapar.

Antara perkara yang penulis tidak dapat lupakan sampai hari ini, apabila ternampak sebuah Toyota Estima sudah ‘tenggelam’ dan hanya nampak ‘muncung depan’ kereta pada permukaan air banjir tersebut. Tidak pasti apa yang terjadi kepada pemandu dan penumpang kereta terbabit.

Perbuatan meredah banjir sesuka hati bukanlah satu perkara yang perlu, melainkan situasi betul-betul memaksa. Patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan. Bersama-samalah kita mendoakan semoga kawasan-kawasan yang terlibat dengan kejadian banjir segera pulih seperti biasa.

‘Jangan ingat air banjir yang mengalir tidak ada longkang, lubang, buaya dan haiwan berbahaya lain yang boleh mengancam keselamatan kita!’

Baca kisah-kisah yang berlaku sepanjang kejadian banjir di negara kita pada tahun ini pada pautan di bawah.

‘Nasib Baik Ada Hilux’ – Permaisuri Agong Kongsi Gambar Turun Padang Bantu Rakyat Dilanda Banjir

Hanya Bumbung Sayup Kelihatan, Siti Nurhaliza Sebak Lihat Sekolah Lama Dilanda Banjir

Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur

Kesian Dan Lucu, Netizen Kagum Lihat Usaha Pemuda Ini Hasilkan ‘Home Office’ Dalam Banjir

 

 

 

 

 

 



Ini Sebab Mengapa Anda Tidak Digalakkan Untuk Redah Air Banjir 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo