Infotainment

Ini Sebabnya Kodak ‘Mati’ Ditelan Zaman Namun Tidak Bagi Fujifilm

Ini Sebabnya Kodak ‘Mati’ Ditelan Zaman Namun Tidak Bagi Fujifilm 1

Ini Sebabnya Kodak ‘Mati’ Ditelan Zaman Namun Tidak Bagi Fujifilm 2

Masihkah anda ingat kepada zaman sebelum munculnya telefon pintar? Pernah pada satu ketika dahulu, memori dirakam menerusi kamera dan bukannya kamera yang ada di telefon pintar.

Saya masih ingat lagi, waktu kecil dulu sekiranya ada family day atau bercuti bersama keluarga, pasti setiap detik itu diambil menerusi kamera filem yang sering dibawa Abah. Rol filem itu pula kemudiannya akan dibawa ke kedai gambar untuk dicuci sebelum diletak ke dalam bingkai gambar.

matthew-lejune-H0PpGl4R9CI-unsplash

SUMBER: MATTHEW LEJUNE

Bercakap tentang kamera filem, nama Fujifilm bukan sesuatu yang asing bagi kita rasanya tetapi, masihkah anda ingat lagi pada Kodak? Pasaran fotografi dahulunya pernah didominasi oleh kedua-dua jenama ini. Kodak merupakan sebuah syarikat gergasi dari Amerika Syarikat manakala Fujifilm pula berasal dari Jepun.

Satu ketika dahulu, kedua-dua jenama ini pernah memonopoli pasaran fotografi kerana masing-masing mempunyai teknologi khas untuk pembikinan filem gambar. Meskipun kedua-dua jenama ini lebih kurang sama namun, nasibnya berbeza.

kodak-2559301_1280

SUMBER: UNSPLASH

Kodak diisytiharkan muflis pada tahun 2012 manakala Fujifilm masih lagi relevan sehingga ke hari ini. Kisah tentang kedua-dua jenama gergasi ini sangat menarik untuk diteliti oleh itu hari ini, kami akan rungkaikan punca kenapa Kodak gagal manakala Fujifilm berjaya untuk terus berkembang.

Sebelum krisis filem

Walaupun Kodak dan Fujifilm menghasilkan kamera, keuntungan buat kedua-dua jenama besar ini majoritinya diperolehi daripada jualan filem dan jualan pasca pemprosesan (servis cuci gambar).

Berdasarkan laporan dari Forbes, Kodak dikatakan pernah memberikan kamera mereka secara percuma atau menjualnya dengan harga yang rendah sebagai satu strategi pemasaran bagi menarik minat pengguna untuk menggunakan produk dan servis mereka.

hand-1836356_1280

SUMBER: UNSPLASH

Pada ketika itu, pasaran ini merupakan pasaran yang menguntungkan dan selamat. Strategi yang diguna Kodak ini diberi nama ‘Silver Halide’ sempena nama bahan kimia yang digunakan dalam proses pembuatan filem. Strategi ini juga digunakan oleh syarikat produk pencetakan dan pisau cukur.

Strategi pemasaran ini berjaya memberi keuntungan margin yang besar kepada syarikat seperti Kodak, Gillette dan syarikat produk pencetakan. Keuntungan yang diperoleh merupakan hasil dari penjualan dakwat mesin cetak dan bilah pisau, contohnya.

Sebelum peralihan digital, penjualan filem masing-masing telah menyumbang sebanyak 72% kepada jumlah pendapatan Kodak dan 66% lagi dari pendapatan operasinya berbeza dengan Fujifilm yang mendapat 60% dan 66%.

Kesan Peralihan Digital

pexels-pixabay-371909

SUMBER: PEXEL

Pembikinan filem gambar merupakan satu proses yang agak kompleks. Hal ini juga diakui oleh CEO Fujifilm sendiri iaitu Shigetaka Komori dan Willy Shih, bekas Naib Presiden Kodak.

Setiap rol filem dilapisi sebanyak 24 lapisan beberapa bahan kimia seperti photosensitizers, dyes, couplers dan lain-lain bahan lagi. Proses pembikinan filem gambar ini bukan sahaja kompleks, malah ia harus melalui pengawalan kualiti yang ketat.

Lead-kodak-fujifilm-fail-why-800×420

SUMBER: UNSPLASH

Meskipun penjualan filem memuncak naik di seluruh dunia pada tahun 2001, ia juga merupakan permulaan kejatuhan buat industri ini akibat peralihan ke dunia digital. Pasaran pada mulanya jatuh dengan perlahan namun pada tahun 2010, permintaan untuk filem fotografi di seluruh dunia menjadi kurang.

Pasarannya masih ada cuma ia sedikit berbeza. Orang ramai sudah mula membeli kamera digital oleh kerana pembikinan filem fotografi merupakan satu proses yang kompleks. Disebabkan itu, pendapatan daripada penjualan filem dan servis mencuci gambar juga jatuh dengan teruk.

huzeyfe-turan-BfMVj-W7FAs-unsplash

SUMBER; HUZEYFE TURAN

Kepada yang tidak tahu, Kodak boleh dikatakan sebagai pioneer di dalam industri fotografi digital. Kodak berjaya menguasai 21.3% pasaran Amerika pada tahun 2005 dan pada tahun yang sama, jenama tersebut berjaya menaikan peratusan penjualan sebanyak 15%.

Malangnya pada tahun 2010, peratusan jualan dunia jatuh ke 7% setelah kemunculan jenama-jenama lain seperti Canon, Nikon dan lain-lain.

42bcef793aaf36fd7742f8f9e0830247

SUMBER: UNSPLASH

Punca kepada kemorosotan ini adalah kerana Kodak tidak dapat menjana wang dengan penjualan kamera digital. Menurut laporan dari Reuters, pada setiap kamera digital yang dijual, Kodak hilang sebanyak $60 (~RM245.28). Hal ini disebabkan oleh kerugian yang harus ditanggung kerana penjualan filem tidak sebagus dulu.

Bagaimana Fujifilm tangani krisis

jonni-tsay-1

SUMBER: JONNI TSAY

Kunci kejayaan buat Fujifilm adalah diversifikasi. Fujiflm mempelbagaikan cabang bisnes mereka oleh itu, walaupun pasaran filem jatuh teruk pada tahun 2010, Fujifilm berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak 57% dalam tempoh sepuluh tahun ini.

Disebabkan tindakan pantas jenama ini dalam mengubah perniagaannya, Fujifilm berjaya mengelak nasib yang sama yang menimpa Kodak yang kini, mengalami penurunan jualan sebanyak 48%.

Reformasi secara besar-besaran ini dapat dilakukan ketika Fujifilm berada di bawah kepimpinan Shigetaka Komori yang tegas pada tahun 2000. CEO syarikat ini telah membuat rancangan enam tahun yang siberi nama VISION 75 pada tahun 2004.

ST_20171120_JWFUJIFILM4_3571244

SUMBER: THE STRAITS TIMES

Tujuan rancangan ini adalah untuk menyelamatkan Fujifilm dan memastikan syarikat tersebut terus berdaya masju dan menjadi syarikat yang terkemuka.

Untuk menjayakan pelan ini, pihak Fujifilm pertama sekali harus menyusun semula perniagaan filemnya dengan menurunkan skala produksi dan menutup fasiliti berlebihan.

Kemudian, dalam usaha untuk mempromosikan budaya komunikasi dan inovasi yang lebih baik di kalangan jurutera, jabatan penyelidikan dan pembangunan berpindah ke kemudahan yang baru.

fujifilm

SUMBER: FIRSTPOST

Mereka juga melakukan R&D untuk mengkaji teknologi dan kepakaran yang dimiliki. Usaha jenama ini jelas sekali membuahkan hasil kerana kini, teknologi Fujifilm dapat disesuaikan untuk pasaran baru seperti farmsi, kosmetik dan lain-lain.

Antara pasaran baru yang diceburi Fujifilm adalah penghasilan LCD. Setelah melabur banyak di pasaran ini dan memanfaatkan teknologi filem gambar, jurutera dari syarikat ini mencipta FUJITAC, iaitu sebuah teknologi berprestasi tinggi yang penting dalam penghasilan panel LCD.Kini, FUJITAC memiliki 70% pasaran untuk filem polarizer LCD.

Fujifilm juga menggunakan strategi Merger and Acquisition iaitu satu strategi di mana syarikat besar membeli syarikat-syarikat lain mempunyai teknologi yang mereka tidak miliki. Hasil dari gabungan syarikat dan teknologi yang dimiliki jenama ini, jenama Fujifilm berjaya menembusi pasaran-pasaran lain.

Kodak yang sekarang

Meskipun Kodak telah diisytihar muflis, jenama ini masih lagi ada pasaran niche mereka sendiri. Baru-baru ini, Kodak membuat pengumuman bahawa produk produk mereka akan dinaikkan harga pada Januari tahun hadapan ekoran perminantaan yang agak tinggi.

Oleh sebab itu, Kodak masih lagi boleh dikira sebagai relevan untuk sesetengah kumpuluan contohnya jurugambar profesional yang suka akan aestetik filem fotografi.

Ini Sebabnya Kodak ‘Mati’ Ditelan Zaman Namun Tidak Bagi Fujifilm 3

SUMBER: DAN FREEMAN

Akan tetapi, industri filem juga dijangka bakal mati di masa akan datang kerana risiko pencemaran dari bahan kimia yang digunakan. Sekiranya industri filem fotografi mati, apakah nasib yang bakal menimpa Kodak nanti? Mungkinkah Kodak akan mengikuti jejak langkah pesaingnya? Kongsikan pendapat anda.

Baru-baru ini, terdapat banyak syarikat yang gulung tikar kerana penangan Covid-19 dan Nikon Malaysia merupakah salah satu darinya. Klik pautan dibawah untuk membaca.

Nikon Malaysia Bakal Hentikan Operasi Bermula 1 Januari 2021

Selepas 84 Tahun, Olympus Sedia Tamatkan Bisnes Penjualan Kamera

 



Ini Sebabnya Kodak ‘Mati’ Ditelan Zaman Namun Tidak Bagi Fujifilm 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo