Berita

Interpretasi dayang | Harian Metro

Interpretasi dayang | Harian Metro 2

SELEPAS 15 tahun melancarkan album kontemporari klasik Kasih pada 2005, penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah melancarkan album studio kesembilannya, Belagu pada 12 Februari lalu.

Dayang menganggap album itu adalah projek khas bagi berkongsi interpretasinya dalam menyampaikan lagu Melayu malar segar.

Selain boleh didengari di semua platform digital, Belagu turut hadir dalam bentuk cakera padat (CD) edisi terhad dan menyaksikan pra-tempahan di dayangnurfaizah.com untuk CD itu sudah habis terjual.

Album yang memuatkan lapan lagu itu adalah naskhah yang cukup peribadi bagi penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini, malah judul album itu adalah ilham Dayang sendiri.

Belagu adalah perkataan yang diambil dari dialek Melayu Sarawak yang membawa maksud menyanyi. Bunyinya ringkas, namun cukup sempurna menterjemah dan menceritakan mengenai alunan suara Dayang dalam melengkapkan album ini.

“Saya berharap semua peminat akan menghargai album ini dan menerima mesej yang mahu disampaikan. Saya mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu klasik Melayu kita.

“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun ia akan berkubur begitu sahaja. Saya anggap penghasilan album ini bukan saja satu penghargaan kepada orang lama, tapi juga sebagai satu tanggungjawab sebagai anak seni,” katanya.

Menurut Dayang, Belagu adalah satu penghormatan juga penghargaan kepada lagu klasik. Diterbit dan disusun muziknya oleh penerbit berpengaruh, Aubrey Suwito.

“Keistimewaan yang mahu diketengahkan dalam album ini tidak hanya pada susunan muziknya namun juga pada proses rakamannya sendiri.

BELAGU adalah album kesembilan Dayang.
BELAGU adalah album kesembilan Dayang.

“Saya mahu mengalami sendiri bagaimana merakamkan lagu dengan iringan muzik secara langsung lantas mencetus idea untuk ‘membawa’ studio rakaman ke ruang lebih besar.

“Berpandukan pengalaman yang ada sepanjang merakamkan lagu di studio sebelum ini, kebiasaannya penerbit akan meminta saya menyanyikan beberapa rangkap berulang-ulang hingga semua berpuas hati,” katanya.

Menurut Dayang, dia tidak mahu mengulang cara sedemikian pada album yang dianggap cukup istimewa ini.

Sebaliknya, Dayang mahukan ‘mood’ lagu yang dipersembahkan mengalir bagaikan air supaya emosi penyampaiannya sampai kepada yang mendengar.

Disebabkan itu, dia cuba menghidupkan semula cara orang dahulu merakamkan lagu iaitu ditemani pemuzik secara langsung.

MAHU generasi muda hargai khazanah lagu klasik Melayu.
MAHU generasi muda hargai khazanah lagu klasik Melayu.

“Dalam merealisasikan album ini, saya mendapatkan sentuhan magis Aubrey. Impian menerbitkan album lagu klasik seperti Belagu ini adalah antara impian yang sekian lama dipendam.

“Saya menganggap kerjasama dengan Aubrey sebagai satu pengalaman yang ‘dahsyat’. Aubrey cakap, dalam menyusun muzik untuk Belagu dia tidak mahu melakukan gubahan yang akan mengikis keaslian lagu asal.

“Hajatnya hanya mahu memperindahkan keaslian dan jiwa lagu klasik menggunakan teknologi hari ini,” katanya.

Lagu Tudung Periuk menjadi trek pertama yang dilancarkan di platform digital bulan lalu.

Sejak dilancarkan Tudung Periuk mendapat respons positif dari pengkritik muzik, media mahupun peminat muzik. Malah, lagu itu juga menduduki tangga kedua di carta iTunes Malaysia.

LAGU Tudung Periuk adalah lagu pertama yang dilancarkan.
LAGU Tudung Periuk adalah lagu pertama yang dilancarkan.

Selain itu, album itu juga berada di kedudukan teratas carta iTunes dalam tempoh dua jam selepas ia dilancarkan.

Tujuh lagi lagu lain yang terdapat dalam album itu ialah Jikalau Abang Merindu, Malam Ku Bermimpi, Tak Seindah Wajah, Tari Tualang Tiga, Dikirim Jangan Dipesan Jangan, Kenang Daku Dalam Doamu dan lagu duet bersama Hael Husaini, Gurindam Jiwa.

Album Belagu diterbitkan oleh syarikat produksi milik Dayang Nurfaizah, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.

Interpretasi dayang | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo