Infotainment

Iqbal Akhirnya Jumpa Pengganti, Kini Rapat Dengan Penyanyi Indonesia

Iqbal Akhirnya Jumpa Pengganti, Kini Rapat Dengan Penyanyi Indonesia
Iqbal Akhirnya Jumpa Pengganti, Kini Rapat Dengan Penyanyi Indonesia 1

Perkongsian terbaru usahawan sensasi Ahmad Iqbal menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto dan video bersama seorang gadis sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah menemui cinta baru di sana.

Mengulas mengenai perkara itu, Iqbal berkata dia sedang mengenali seorang wanita dikenali sebagai Indah Nevertari merupakan seorang penyanyi.

BACA: DSV Berperang Dengan Iqbal Zulkefli Sebab Gegar Vaganza

Mula akrab sejak dua minggu lalu, Iqbal mengakui selesa berkawan dengan gadis berkenaan namun tidak mahu tergesa-gesa bercinta kerana mahu bersahabat terlebih dahulu.

“Kami sekarang sedang kawan-kawan, boleh dikatakan kawan rapat. Kami bertemu di sebuah studio rakaman di Jakarta. Selepas saya post foto dan video bersama di Instagram memang ramai yang mesej mendoakan agar hubungan kami ini ke fasa seterusnya.

“Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi sebab saya lebih selesa berkawan dahulu, tak naklah baru kenal terus ajak bercinta, saya pun dah beritahu awal-awal mahu bersahabat dahulu supaya tak nampak macam bagi harapan.

“Tak perlu la nak tergesa-gesa tentang cinta sebab saya percaya soal jodoh sama ada cepat atau lambat pasti akan tiba juga… buat masa ini saya sangat selesa berkawan dengan Indah di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia terbuka hati untuk mengenali Indah kerana sikap gadis itu yang sangat menjaga solat serta tidak memandang harta.

“Banyak perkara mengenai Indah yang buatkan saya suka antaranya dia sangat menjaga solat. Kalau kami keluar ke mana-mana, dia akan ingatkan dan kami solat bersama-sama.

“Dia juga boleh menerima teguran, sentiasa terbuka dengan sebarang pendapat… Indah juga bukan orang yang materialistik atau memandang harta benda.

“Baru-baru ini saya nak belikan dia barangan berjenama mewah jenama Louis Vuitton dan Dior tapi semuanya dia tolak. Dia berkeras tak mahu,” katanya.


Iqbal Akhirnya Jumpa Pengganti, Kini Rapat Dengan Penyanyi Indonesia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo