Infotainment

Iqbal Zulkefli Mahu Taja Gegar Vaganza Musim Depan

Iqbal Zulkefli Mahu Taja Gegar Vaganza Musim Depan
Iqbal Zulkefli Mahu Taja Gegar Vaganza Musim Depan 1

Usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli meluahkan hasrat untuk menaja program realiti terkenal, Gegar Vaganza, musim hadapan.

Menurut Iqbal, dia sudah mengintai peluang untuk menaja program berkenaan sejak awal tahun lalu namun tiada rezeki untuknya.

BACA: Iqbal Zulkefli Beli Pen Harga RM75,000 Sebatang Gara-Gara Stress

“Sepatutnya tahun ini saya nak taja GV, saya sudah adakan perbincangan dengan agensi dan stesen televisyen tapi sebab sudah ada penaja lain yang ambil dahulu jadi terlepaslah peluang itu,” katanya.

Kata Iqbal lagi, dia melihat GV adalah platform terbaik untuknya bagi mempromosikan produk. Katanya, dia sudah lama berniaga namun ramai tidak tahu produk apa dijualnya.

“Dalam banyak-banyak program hiburan saya nampak GV ada pasaran luas, memang sudah lama saya impikan untuk gunakan program ini bagi mempromosikan produk… kalau taja program Islamik atau ilmiah kurang sambutan penonton.

“Saya dah berniaga selama empat tahun dan bayar beberapa program di stesen TV lain tapi macam ramai orang belum tahu apa produk saya jual, maklumlah orang kita ni tak nak tengok program ilmiah,” katanya.

Jelas Iqbal, dia mahu menaja program GV itu bukan mahu bersaing dengan mana-mana pihak termasuk bekas majikannya, Datuk Seri Vida.

“Sebelum saya viral lagi saya dah rancang nak taja GV, bukan sebab DSV pun. Saya yang buat keputusan ini, lagi pun ini bukan program dia. Cuma buat masa ini belum rezeki saja, ikutkan bila-bila masa saya boleh jadi penaja.

“Tapi jangan risau saya tidak akan berebut mikrofon atau bagi hadiah yang bukan-bukan. Saya akan patuh dengan apa yang dirancang dan ditetapkan oleh stesen TV, kita hormati kru-kru dan cuba bantu industri,” katanya.


Iqbal Zulkefli Mahu Taja Gegar Vaganza Musim Depan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo