Infotainment

Iring Anak Ahli Parlimen Untuk Redah Trafik, Dua Polis Terlibat Kena Siasatan Tatatertib

Iring Anak Ahli Parlimen Untuk Redah Trafik, Dua Polis Terlibat Kena Siasatan Tatatertib
Iring Anak Ahli Parlimen Untuk Redah Trafik, Dua Polis Terlibat Kena Siasatan Tatatertib 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain menyatakan pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir, dekat sini.

Pihaknya juga telah membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis negeri itu susulan video yang tular di media sosial sejak hari semalam.

Iring Anak Ahli Parlimen Untuk Redah Trafik, Dua Polis Terlibat Kena Siasatan Tatatertib 2

Sumber Gambar: Facebook PDRM Pulau Pinang

“Pada Sabtu (semalam) kira-kira 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez dan rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

“Pihak Kontinjen Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi klip video itu yang dimuat naik di laman sosial Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

Video yang tular itu telah mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan individu tersebut yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang, lapor Harian Metro.

Pada minggu lalu seorang pemandu MPV telah ditahan polis selepas videonya memandu secara berbahaya yang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Pemandu Toyota Alphard Buli Pengguna Jalan Raya Sudah Ditahan Polis

Tidak Mahu Mengalah, Wanita Ini ‘Keraskan Badan’ Untuk Cop Parkir Kosong

Pemilik BMW Dedahkan Pemandu Preve Putar Belit Laporan Polis Demi Dapatkan Pampasan Insurans


Iring Anak Ahli Parlimen Untuk Redah Trafik, Dua Polis Terlibat Kena Siasatan Tatatertib 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list