Berita

Irwansyah hilang tiga kontrak iklan

Irwansyah hilang tiga kontrak iklan 1

Irwansyah hilang tiga kontrak iklan 2

Jakarta: Pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah kehilangan lebih tiga kontrak iklan bersama isterinya Zaskia Sungkar susulan fitnah yang dilemparkan kepadanya berkaitan perniagaan.

Bagaimanapun, Irwansyah bersyukur apabila memiliki seorang isteri yang penyabar ketika mereka berhadapan dengan perkara itu.

“Ini adalah satu ujian tetapi saya tertanya-tanya kenapa saat saya ingin melakukan benda baik, sedang ikhtiar untuk memiliki zuriat, saya perlu berdepan situasi begini,” katanya.

Irwansyah yang berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube Daniel Mananta berkata, dia memilih untuk tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai fitnah berkenaan.

Sementara itu, Zaskia mengakui suaminya sedih sehingga menangis ketika berkongsi perkara itu kepadanya.

Pasangan yang hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga itu bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Irwansyah hilang tiga kontrak iklan 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo