Infotainment

Isteri Selamat Bersalin Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Sudah Rancang Anak Ketujuh

Isteri Selamat Bersalin Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Sudah Rancang Anak Ketujuh 2

Tahniah diucapkan kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri Datin Dr Halina Mohd Yunos yang selamat menimang kembar sepasang pagi tadi.

Menurut Dr Sheikh Muszapha, isterinya selama melahirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.

BACA: Kandungan Kembar Cecah 34 Minggu, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Terpaksa Ditahan Wad

Teruja dikurniakan sepasang kembar lagi, beliau juga sudah mula merancang untuk mendapatkan anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan.

“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.

“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.

“Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu,” katanya.

Kata Dr Sheikh Muszapha lagi, isterinya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk berjumpa adik mereka.

“Ketika ini, hanya saya seorang dibenarkan melawat isteri serta anak di hospital kerana situasi Covid-19.

“Isteri kini dalam keadaan baik dan sudah makan serta boleh berjalan. Jika tiada aral melintang, isteri mungkin dibenarkan pulang ke rumah Ahad ini, namun bergantung kepada keadaan luka pembedahannya,” katanya.



Isteri Selamat Bersalin Anak Kembar, Dr Sheikh Muszaphar Sudah Rancang Anak Ketujuh 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo