Isteri kepada penyanyi Yoonnyboii iaitu Nik Nazira berkongsikan berita gembira dia kini sedang hamil anak sulung dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nazira berkata dia sudah lama menyimpan rahsia mengenai kehamilannya dan sudah tiba masa untuk berkongsi kepada umum.
BACA: Yonnyboii Tak Kisah Isteri Pakai Seksi
“Sudah berbulan menyimpan rahsia tapi kini saya mahu berkongsi beberapa bulan terakhir kehamilan saya kepada anda semua. Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan bapa,”tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Nazira turut berkongsikan beberapa keping gambar bersama Yonny dan gambar ultrasound bayi.
Sementara itu memetik mStar Online, Nazira berkata dia mengalami alahan teruk sehingaa berat badannya turun sebanyak 10 kilogram.
“Sepanjang lima bulan awal, saya alami morning sickness yang sangat teruk. Sehingga tak boleh nak keluar dan terpaksa menolak jemputan banyak acara.
“Saya tidak mengidam benda pelik-pelik, semuanya biasa sahaja… cuma disebabkan morning sickness itu berat badan saya turun dari 55 kg. Tapi sekarang semuanya kembali normal dan saya juga boleh bekerja seperti biasa,” katanya.
Terdahulu, Yonny mendirikan rumah tangga bersama Nik Nazira pada 20 November 2021 selepas sebulan mengikat tali pertunangan.
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo