Infotainment

Isu jalan berlubang: MBK disaran tingkat kerjasama dengan JKR, JPS

Isu jalan berlubang: MBK disaran tingkat kerjasama dengan JKR, JPS
Isu jalan berlubang: MBK disaran tingkat kerjasama dengan JKR, JPS 1

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) disaran meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mencapai kesepakatan terbaik untuk menyelesaikan masalah jalan berlubang yang menjadi antara isu serta aduan utama rakyat di bandaraya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun berkata, masalah lain adalah garisan jalan dan lampu jalan rosak yang menjejaskan keselamatan warga Kuantan pada ketika ini.

“Sesungguhnya, kualiti kehidupan seharian seluruh rakyat di Pahang sentiasa menjadi keutamaan saya sebagai Exco agar kemakmuran negeri ini terus terjamin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai berkata, semalam beliau mengadakan lawatan kerja ke MBK dan membuat perjumpaan bersama pihak pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Beliau berkata, perjumpaan itu untuk melihat perancangan dan usaha yang dilaksanakan oleh MBK dalam pembangunan bandaraya ini.

“Dalam lawatan tersebut, saya diberikan penerangan secara terperinci oleh MBK dalam menaikkan Bandaraya Kuantan sebagai sebuah bandaraya yang lestari dan selesa untuk diduduki oleh seluruh rakyat.

“Melihat kepada perkembangan terkini, MBK akan memperbanyakkan lagi kawasan perniagaan mengembangkan ekonomi setempat dan memberi peluang pendapatan kepada warga Kuantan,” katanya. – UTUSAN


Isu jalan berlubang: MBK disaran tingkat kerjasama dengan JKR, JPS 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo