Berita

Jadi lebih kreatif | Harian Metro

Jadi lebih kreatif | Harian Metro 2

PENYANYI dan penyampai radio Kool FM, Haiza mengakui punca pendapatannya sebagai penyanyi dan pengacara terjejas teruk sepanjang hampir setahun penularan Covid-19.

Haiza yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Indigital Music berkata, dia yang kehilangan hampir 70 peratus pendapatan, bagaimanapun bersyukur mempunyai gaji bulanan sebagai penyampai radio.

“Kira-kira 50 hingga 70 peratus punca pendapatan saya sebagai penyanyi dan pengacara sudah tiada. Mujur saya masih diberi kepercayaan berkhidmat di stesen radio Kool FM, namun saya sentiasa mencari peluang baharu untuk menambah pendapatan.

“Penularan wabak ini sangat dahsyat hingga memberi kesan yang teruk kepada semua orang. Saya sendiri kehilangan tawaran pengacara dan persembahan yang banyak sepanjang setahun ini.

“Kena sedar bahawa selebriti juga sama dengan insan lain yang mempunyai komitmen dan tanggungjawab terhadap keluarga. Buat masa sekarang, industri kreatif yang untung adalah syarikat produksi kerana sudah dapat kembali menjalankan penggambaran.

“Namun, untuk persembahan nyanyian secara terbuka dan diadakan secara langsung masih tidak dibenarkan. Saya faham dan akur dengan keadaan ini kerana kita perlu bersatu memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Menurut Haiza, bagi mendepani waktu yang sukar ini setiap individu perlu berfikiran lebih kreatif untuk mencari pendapatan sampingan dalam meneruskan hidup.

“Jadi, dalam waktu yang sukar ini kita perlu jadi lebih kreatif dan mencari perkara yang boleh mendatangkan pendapatan termasuk ramai selebriti sekarang yang terbabit dalam bidang perniagaan terutama jualan makanan,” katanya.

Bagi Haiza, dalam keadaan sukar ini jangan ada pihak yang menyindir atau memperlekehkan sesetengah selebriti yang berniaga makanan demi kelangsungan hidup.

“Bukan hanya selebriti, tapi semua orang yang terjejas turut mencari peluang untuk berniaga makanan. Barangkali itu adalah bakat dan skil yang mereka mahir berbanding kerjaya lain.

“Jadi jangan ada mulut jahat yang mempertikaikan selebriti yang berniaga ini sudah tidak laku atau sudah rendahkan martabat diri dengan berniaga.

“Dalam waktu sekarang ini tidak wajar untuk kita banding-bandingkan. Jangan fikir begitu kerana semua orang adalah sama. Memiliki duit yang banyak belum tentu akan bertahan selamanya,” katanya.

Beralih mengenai kesukaran lagu nyanyiannya dimainkan di stesen radio selain Kool FM, Haiza berkata, dia sudah sedia maklum mengenai perkara itu.

Katanya, jika dibandingkan dengan penyanyi lain dia lebih sukar untuk mempromosikan lagu nyanyiannya di stesen radio swasta lain.

“Lagu saya memang dari dulu tak dapat dimainkan di stesen radio swasta lain kecuali Kool FM. Tapi, untuk lagu saya dimainkan pula perlu ikut jadual yang disusun. Bukan sesuka hati saya mainkan begitu saja.

“Bagi saya, jika dibandingkan saya lebih susah nak minta lagu saya dimainkan di stesen radio swasta lain. Artis lain boleh cuba di mana-mana saja stesen radio.

“Saya tak pernah putus asa sebab dari awal lagi saya sudah sedia maklum. Bagi saya, penyelesaian terbaik sekarang ini adalah kuatkan lagu saya di platform digital. Selain itu, di media sosial juga ada macam-macam cara seperti di TikTok,” katanya yang bakal melancarkan single terbaharu ciptaan Ajai manakala lirik pula Iman Imran pada 22 Februari ini.

Jadi lebih kreatif | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo