Infotainment

Jadi Punca Kemalangan 4 Kenderaan, Lelaki China Ini Cuba ‘Selamatkan Diri’ Dengan Berpaut Pada Myvi

Jadi Punca Kemalangan 4 Kenderaan, Lelaki China Ini Cuba ‘Selamatkan Diri’ Dengan Berpaut Pada Myvi
Jadi Punca Kemalangan 4 Kenderaan, Lelaki China Ini Cuba 'Selamatkan Diri' Dengan Berpaut Pada Myvi 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pada awal pagi semalam tular rakaman video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @lurimanirza di mana ada seorang lelaki tidak berbaju berpaut pada pintu kiri penumpang belakang sebuah Perodua Myvi berwarna merah dan terseret beberapa meter di tengah-tengah jalan raya.

Menurut laporan Sinar Harian, lelaki tersebut merupakan warga China telah berbuat sedemikian kerana cuba menyelamatkan diri dengan masuk ke dalam sebuah Myvi yang berhenti di bahu jalan selepas tindakannya melintas secara melulu telah menjadi penyebab kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer (KM) 35 Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

@lurimanirza

Eksiden dgn mat moto, kenapa dia pegang myvi merah tu tak pasti.. yg suruh ketepi tu @mrsong87 sbb takut kene langgar belakang..

♬ original sound – Lurima Nirza – Lurima Nirza

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 April jam lebih kurang 2.15 pagi di KM 35 MRR2 dari arah Bulatan Billion ke Pekan Sungai Besi berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jalan Imbi, melibatkan Proton Exora dan Toyota Vios dan dua buah motosikal jenis Yamaha, dan Kawasaki.

“Semasa pemandu Proton Exora seorang wanita berumur 44 tahun memandu di lorong tengah telah membrek secara mengejut kerana mengelak seorang lelaki warganegara China yang tiba-tiba melintas jalan dari arah kanan ke kiri jalan,” terang Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, Toyota Vios yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dari arah belakang memberhentikan kenderaan daripada melanggar Proton Exora tersebut tetapi dilanggar oleh sebuah motosikal jenis Yamaha yang gagal mengelak.

Sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang seorang lelaki berusia 26 tahun kemudiannya tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang Toyota Vios tersebut menyebabkan mangsa terbabas lalu melanggar Proton Exora berkenaan.

@utusantvofficial

Reply to @hpkukentang00 . Kawan tu takut, sampai berpaut ke Myvi. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Penunggang motosikal jenis Kawasaki yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 50 tahun yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal Yamaha di lorong kanan.

Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal Yamaha mengalami kecederaan luka di bahagian muka, dan penunggang motosikal Kawasaki mengalami kecederaan patah kaki kiri.

Pejalan kaki warga China tersebut dibawa oleh anggota peronda MPV ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi tujuan dokumentasi kerana mendakwa diancam oleh orang awam semasa berada di lokasi kemalangan, nyata Sarifudin lagi dan kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1978.

Baca lagi artikel-artikel digemari pembaca The Vocket pada minggu lalu melalui pautan di bawah.

Selepas ‘Diseru’ TMJ, Datuk Seri Rina Harun Tampil Bersuara Isu Bella

Wanita Dari Selangor Mahu Pulangkan Perisai Antik Berusia 300 Tahun Kepada Sultan Brunei

‘Live’ TikTok Ketika Sesi Pembelajaran Di Sekolah, Netizen Mahu Guru Ini Dikenakan Tindakan


Jadi Punca Kemalangan 4 Kenderaan, Lelaki China Ini Cuba 'Selamatkan Diri' Dengan Berpaut Pada Myvi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list