Infotainment

Jaga Bahasa, Hafeez Mikail Tegur Cara Naim Daniel Beri Teguran Pada Ejen Insurans

Jaga Bahasa, Hafeez Mikail Tegur Cara Naim Daniel Beri Teguran Pada Ejen Insurans
Jaga Bahasa, Hafeez Mikail Tegur Cara Naim Daniel Beri Teguran Pada Ejen Insurans 1

Pelakon Hafeez Mikail tampil menegur cara penyanyi Naim Daniel yang baginya, agak keterlaluan dan kasar dalam memberi nasihat dan teguran.

Naim Daniel

Kata Hafeez, Naim perlu lebih berhati-hati dalam memberi pandangan dalam sesuautu isu agar tidak menggoreskan hati orang lain.

Ini berikutan teguran Naim yang kononnya kebanyakan ejen insuran sering mengambil kesempatan terhadap kematian selebriti sehingga memberi gambaran mereka yang bekerja dalam bidang itu sebagai seorang yang berniat jahat dan tiada perikemanusiaan.

Ujar Hafeez lagi, Naim seharusnya lebih sensitif apabila berkata-kata.

Saya tak setuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan Naim di hujung kenyataan itu iaitu ‘korang memang hilang manusia dalam diri’. Bahasa itu tidak sesuai dan ia menampakkan yang ejen insuran ini macam jahat. Saya kenal dan percaya Naim seorang yang bijak..sepatutnya dia boleh guna ayat yang lebih sesuai.

Terdahulu, Naim memberi amaran kepada mana-mana ejen insuran agar tidak menggunakan berita kematian Allahyarham Siti Sarah untuk bercerita mengenai hibah atau insuran.

Hafeez yang kini bekerja dalam bidang insuran kemudian tampil berkongsi video seorang individu yang menjelaskan tindakan mereka berbuat demikian adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Suara selebriti ini sangat kuat..jadi saya harap dia gunakan bahasa yang lebih sesuai. Saya muat naik video itu bukan nak bergaduh dengan dia tapi sekadar ingin beri penjelasan.” ujarnya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.





PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.


Jaga Bahasa, Hafeez Mikail Tegur Cara Naim Daniel Beri Teguran Pada Ejen Insurans 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo