Berita

Jamal Abdillah bangga jadi satu-satunya warga emas layak ke AJL35

Jamal Abdillah bangga jadi satu-satunya warga emas layak ke AJL35 1

Jamal Abdillah bangga jadi satu-satunya warga emas layak ke AJL35 2

Kuala Lumpur: Datuk Jamal Abdillah, 62, berbangga apabila dia muncul sebagai satu-satunya penyanyi dalam kategori usia warga emas yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), tahun depan.

Jamal yang berduet dengan Wany Hasrita menerusi lagu Belenggu Rindu menyifatkan situasi itu agak kelakar dan di luar jangkaan.

“Saya pernah menyertai AJL yang pertama pada 1986 menerusi lagu Perjalananku dan Cinta Yang Terbiar yang kedua-duanya dinyanyikan penyanyi lain. Selepas itu menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir dan Ghazal Untuk Rabiah duet brsama Datuk M Nasir.

“Kali ini saya berduet dengan Wany Hasrita pula. Saya sebenarnya memang sengaja nak tumpang populariti artis yang sedang meningkat naik,” katanya.

 

Jamal berkata, dia mempunyai formula untuk terus kekal dalam industri muzik dan pertaruhan itu menjadi.

“Strategi saya nampaknya menjadi hingga berjaya ke AJL35. Saya terbabit dalam lagu ini kerana ditawarkan oleh Hael Husaini dan Ezra Kong serta pemilik syarikat rakaman FMC.

“Saya nampak ini satu formula berkesan dan akan terus mengekalkannya. Untuk AJL nanti, saya kena motivasi diri bertanding dengan artis muda yang boleh dipanggil anak. Saya tak boleh mengalah dan merendah diri. Dah masuk dalam itu saya kena teruskan. Yang bertanding pun hebat dan sekarang zaman mereka,” katanya.

Selain dengan Wany Hasrita, Jamal turut berduet dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi lagu Neraca dan sebuah lagu lain.

“Penggambaran muzik video Neraca dibuat hari ini. Judul asalnya ialah Wuduk tapi akhirnya ditukar kepada Neraca. Banyak lagi projek begini yang akan saya buat nanti. Ada tiga, empat lagu lagi. Jika ada rezeki, saya akan mengumpulkan semua lagu-lagu ini bagi diterbitkan dalam sebuah album istimewa,” katanya.

Jamal juga tidak kisah jika dikatakan menumpang populariti artis lain untuk kekal dalam industri muzik.

“Selama ini pun hidup saya menumpang atas bumi Tuhan. Apa sahaja yang sesuai, saya akan buat. Saya pun ada lagu solo berjudul Yang Memiliki ciptaan Raja Sham. Proses rakaman sudah selesai dan hanya tunggu masa untuk buat muzik video. Lagu Neraca dan Yang Memiliki diterbitkan di bawah syarikat rakaman Universal Music. Boleh dikatakan ini adalah cabang rezeki buat anak-anak saya terutama Azura dan Zack,” katanya.

Jamal berkata, dia berusaha keras mencari rezeki dan apa yang diperoleh adalah untuk anak-anaknya.

“Saya hanya melakukannya untuk mereka. Alhamdulillah, tawaran persembahan pun dah banyak yang diterima. Saya pun sentiasa jaga kesihatan dan penampilan. Saya kena rajin buat senaman, berpeluh selalu dan jaga pemakanan. Itu penting buat semua orang dan bukan untuk saya sahaja.

“Kalau kita banyak duduk diam dan termenung pun otak boleh jadi buntu. Sekurang-kurangnya kita berfikir dan buat kerja yang  mendatangkan faedah seperti berkebun. Itu benda yang baik dan menyihatkan,” katanya.

Jamal Abdillah bangga jadi satu-satunya warga emas layak ke AJL35 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo