Berita

Jamal pilih tarikh 11.11 untuk Zack’ lahir petang esok

Jamal pilih tarikh 11.11 untuk Zack' lahir petang esok 2

Kuala Lumpur: Penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 61, berkongsi berita gembira iaitu dia bakal menyambut kelahiran anak keempatnya, esok.

Perkara ini dimaklumkannya menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp, ekslusif kepada Harian Metro.

“Esok petang, InshaAllah El Issac Yamani atau saya panggil Zack akan lahir ke dunia. Mohon doa dari semua.

“Jam 12 malam ini, isteri saya, Datin Zai Izzati akan masuk ke hospital. Saya terpaksa bergegas balik ke Ipoh dari Kuala Lumpur selepas selesai show nanti,” katanya.

Jamal yang dihubungi berkata, isterinya akan melahirkan anak secara pembedahan pada sebelah petang di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.

“Dia sudah buat ujian Covid-19 dan akan masuk wad malam ini. Saya pula tak dapat menemaninya kerana terbabit dengan Konsert Lazada di Bukit Jalil, malam ini.

“Isteri akan pandu kereta sendiri untuk ke hospital bagi mendaftar masuk wad. Walaupun saya ada adik-beradik yang boleh membantunya, dia enggan menyusahkan mereka.

“Lagipun dengan prosedur operasi standard (SOP) di hospital yang ketat akibat Covid-19 buatkan isteri saya mengambil keputusan ini,” katanya.

Jamal berkata, Zai Izzati sepatutnya bersalin pada 17 November, namun mereka memilih melakukan pembedahan esok kerana tarikhnya amat istimewa.

“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah nak ingat tarikh lahir Zack nanti. Dulu, kakaknya Azura (Nur Azura Yamani) lahir pada 10.10.2019. Tapi, ketika itu ia hanya kebetulan.

“Kandungan Zai Izzati pun dah sarat sangat. Saya pilih Ipoh kerana saya selalu uruskan projek ikan hiasan arowana di Bukit Merah.

“Dalam masa sama, saya kena berulang-alik balik ke Kuala Lumpur kerana ada tawaran show. Selepas isteri bersalin, kami akan tinggal di Ipoh sehinggalah kerja di Bukit Merah selesai,” katanya.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati, 25, pada 1 April 2017, dan Jamal juga memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.

Jamal pilih tarikh 11.11 untuk Zack' lahir petang esok 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo