Berita

‘Janganlah kecam dia’ – Jue Aziz

'Janganlah kecam dia' - Jue Aziz 2

Kuala Lumpur: Pelakon Jue Aziz berharap netizen tidak terus mengecam tindakan pengasas produk kecantikan, Nur Qaseh Aleeya yang dituduh menyamar sebagai dirinya dengan berpurdah.

Jue berkata, dia tidak mengambil isu terbabit sebagai perkara yang serius selagi ia tidak mengaibkan dirinya. “Kasihan saya tengok apabila dia dikecam teruk oleh netizen. Agak terkejut jugalah bila ada orang cakap dia seperti saya.

“Saya okey saja bila dia menyamar sebagai saya selagi apa yang dilakukan itu ke arah kebaikan bukan mengaibkan. Kalau ia sesuatu yang mengaibkan saya tidak akan berdiam diri, tapi mujurlah dia cuba menjadi diri saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Jue, walaupun masih ada yang mengingatinya, namun dia bersimpati dengan kecaman yang diterima Nur Qaseh itu.

“Saya ada baca komen-komen di Twitter ada yang kecam mengenai pemakaian stokin. Rasanya dia sudah jelaskan dia memang pakai stokin berwarna kulit. Kemudian ada juga yang kecam bentuk fizikalnya. Saya harap dia kuat berdepan dengan kecaman ini.

“Apapun saya sebenarnya gembira apabila ada pihak masih mengingati saya. Cuma saya kasihan dengan wanita itu. Saya tak rasa dia sama dengan saya pun, dia cuba nak buat suara serak-serak basah tapi siapa yang mengikuti perkembangan saya akan tahu itu bukan saya,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita berpurdah yang memiliki suara persis Jue Aziz mengiyakan dirinya adalah pelakon itu.

Perkara itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat setia pelakon itu dan menganggap cuba menumpang popularitinya.

'Janganlah kecam dia' - Jue Aziz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo