Infotainment

Jarak Umur 21 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Kahwin Isteri Sebaya Anak Sulung

Jarak Umur 21 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Kahwin Isteri Sebaya Anak Sulung
Jarak Umur 21 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Kahwin Isteri Sebaya Anak Sulung 1

Jarak Umur 21 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Kahwin Isteri Sebaya Anak Sulung

Di Tiktok, sorang wanita dikenali sebagai Rasyidah Mohd Aris berkongsi momen terindah yang berlaku dalam hidupnya apabila dia selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya. Apa yang menarik perhatian netizen adalah umur wanita tersebut sebaya dengan anak sulung suaminya dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat lelaki tersebut.

Syukur lamaran diterima

Jarak Umur 21 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Kahwin Isteri Sebaya Anak Sulung 3

Bapa kepada lapan orang anak itu mengakui bahawa dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin meskipun sudah dua kali perkahwinannya diakhiri dengan perpisahan. Malah dia menerima ketentuan Allah SWT dengan reda dan menganggap tiada jodoh dengan bekas isterinya sebelum ini.

Ditakdirkan, saya berkenalan dengan isteri yang jauh lebih muda usianya, jadi terima saja dan berdoa semoga perkahwinan kami kekal sehingga akhir hayat.

Ujarnya lagi, dia tidak terlalu mencuba untuk memenangi hati keluarga mentuanya itu, namun bersyukur kerana lamarannya diterima dan berjanji akan menjaga isterinya dengan sebaik mungkin.

Saya tidak berani berjanji bulan dan bintang dengan keluarga mentua kerana sedar diri ini hanya manusia saja dan bimbang apa dijanjikan tidak dapat ditunaikan.

Bagaimanapun, saya ada beritahu kepada ibu mentua sebelum berkahwin dengan isteri yang saya akan cuba menjaga anaknya dengan sebaik mungkin. Itu yang saya dapat lakukan dan niat berkahwin ini adalah kerana Allah.

Tak sangka bertemu jodoh lebih tua

Jarak Umur 21 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Kahwin Isteri Sebaya Anak Sulung 4

Dalam pada itu, Rasyidah menyatakan bahawa dia tidak sangka akan bertemu jodoh dengan pasangan yang lebih berusia daripadanya kerana sebelum ini dia hanya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki sebayanya.

Walau bagaimanapun,  jarak usia bukan penghalang baginya kerana apa yang penting adalah mereka mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Saya berkenalan dengan suami sejak awal tahun lalu kerana kami bekerja di kedai makan yang sama. Saya bekerja sebagai pembantu kedai, manakala suami pula pembancuh air. Pada awalnya, hubungan kami setakat kawan biasa saja. Lama kelamaan, kami jadi rapat dan akhirnya dia berterus terang mahu memperisterikan saya.

Jelasnya lagi, kisah silam suaminya itu tidak menyebabkan dirinya berasa takut untuk meneruskan perkahwinan mereka kerana apa yang penting adalah masa depannya bersama suami tersayang.

‘Jodoh itu rahsia Allah’

@rasyidah_46 Jodoh itu rahsia Allah #kahwinmuda #kahwincheck #kahwinpkp #kahwin #nikah #nikahmuda #nikahmudacheck #dituruti #diturutiakumatiemak #fyp #fyp? ? suara asli – Fajarr` – ?

Sumber : rasyidah_46, Harian Metro

Jarak Umur 21 Tahun Bukan Penghalang, Lelaki Kahwin Isteri Sebaya Anak Sulung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list