Infotainment

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai
Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Malaysia mempunyai ramai pemilik kenderaan yang jarang dilihat. Setiap kali mereka menaiki ‘kenderaan unik’ tersebut, pasti akan menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @princessaida91 berkongsi satu video di mana dia terserempak dengan seorang lelaki menaiki kenderaan berbentuk kapsul warna merah yang baru selesai mengisi minyak di BHP Tol Gombak.

Sekilas pandang, apa yang menarik mengenai kereta itu, ia mempunyai dua tempat duduk, tayar belakang yang tidak kelihatan, ekzos di bahagian sisi dan langsung tidak mempunyai bumbung serta pintu kiri kanannya.

Dengan reka bentuk sebegitu rupa, sememangnya menarik perhatian ramai bagi sesiapa yang terjumpa kereta tersebut di atas jalan raya. Lebih-lebih lagi apabila pemandu dan penumpang kereta tersebut perlu ‘memanjat’ apabila mahu masuk-keluar kenderaan tersebut.

Untuk makluman semua, model kereta yang ditemui oleh @princessaida91 itu dikenali sebagai Morgan 3 Wheeler yang dibuat dari Malvern, United Kingdom. Syarikat tersebut merupakan ‘family business‘ yang diasaskan oleh pada tahun 1910 oleh Henry Frederick Stanley Morgan.

Model kereta berbentuk kapsul ini mula diperkenalkan kepada dunia semasa acara pameran automotif berprestif ‘Geneva Motor Show’ berlangsung pada tahun 2011. Dari hari pelancaran sehinggalah tahun 2021, pihak syarikat mendakwa telah menerima kira-kira 850 tempahan dari seluruh dunia.

Sepanjang tempoh produksi, Morgan Motor Company telah memperkenalkan dua jenis varian iaitu Morgan 3 Wheeler Euro 3 dan Morgan 3 Wheeler Euro 4. Kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama — menggunakan enjin S&S 1998cc V twin, kotak gear Mazda 5-Speed, boleh memecut 0-100km/j dalam enam ke tujuh saat dan boleh mencapai kelajuan penuh 185km/j.

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 2

Sumber Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 4

Sumber Gambar: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Terdapat beberapa lagi pemilik dari Malaysia yang memiliki Morgan 3 Wheeler dan ‘pengumpul tegar’ model kereta ini yang cukup dikenali ramai ialah DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, iaitu Sultan Johor yang pernah memandunya semasa ‘Kembara Mahkota Johor’ edisi ke-20.

Setelah hampir sebelas tahun berada di pasaran, Morgan Motor Company memperkenalkan model penggantinya Morgan The Super 3 yang baru dilancarkan pada akhir Februari lalu.

Sementara itu anda boleh baca reaksi orang ramai selepas menonton video dikongsikan oleh @princessaida91 yang bertuah dapat melihat Morgan 3 Wheeler secara berhadapan.

Bukan senang hendak nampak kereta roda-3 berbentuk kapsul yang berharga kira-kira £30,000 (RM165,905) ini berada di atas jalan raya.

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 6

Sumber Gambar: TikTok @princessaida91

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 8

Sumber Gambar: TikTok @princessaida91

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 10

Sumber Gambar: TikTok @princessaida91

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 12

Sumber Gambar: TikTok @princessaida91

Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 14

Sumber Gambar: TikTok @princessaida91

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi artikel-artikel berkaitan kereta unik dan eksotik yang dimiliki oleh orang Malaysia melalui pautan di bawah.

Gambar Kereta ‘Rare’ Raih Perhatian TPJ, Ini Model Ford GT Terawal Sampai Di Malaysia

Ini Proses ‘Private Collector’ Malaysia Beli Model Bugatti Edisi Terhad Bernilai RM25 Juta


Jarang Nampak Di Atas Jalan, Kereta Unik Berbentuk Kapsul Ini Undang Perhatian Orang Ramai 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list