Berita

‘Jawablah panggilan kami Aiman’ | Harian Metro

'Jawablah panggilan kami Aiman' | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: “Mak dia kata, kalau dah tak mahu jadi artis, cakap!”

Demikian kata bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak ketika dihubungi bagi mengulas mengenai dakwaan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu menghilangkan diri. 

Menurut Yusri, sejak kebelakangan ini, Aiman sering gagal dihubungi syarikat rakaman dan syarikat produksi. 

“Kadang-kadang, ada wakil daripada syarikat produksi yang gagal menghubunginya akan menghubungi saya dan isteri. 

“Kalau saya hubungi pun kadang-kadang, dia tak jawab panggilan. Saya hantar mesej menerusi WhatsApp pun tak balas,” katanya kepada Harian Metro. 

Yusri berkata, sebagai artis, dia sepatutnya menjaga hubungan dengan orang dalam industri terutamanya rakan media. 

“Media umpama kawan. Kalaulah dia terlalu sibuk sampai tak sempat nak jawab panggilan pun, setidak-tidaknya, balas mesej atau buat panggilan balas. 

“Jadi, tidaklah menyusahkan urusan kerja orang lain,” katanya. 

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan Aiman juga tidak berjaya apabila panggilan telefon serta mesej yang dihantar tidak berbalas.

Isu ‘kehilangan’ Aiman mula menjadi bualan selepas ibunya, Riena menulis luahan rasa terkilannya dengan sikap anaknya di Instagram.

Di Instagram, Aiman tidak ada sebarang perkongsian terbaharu mengenai perkara itu.

Hantaran terakhir dimuat naik pada 30 Januari lalu.

'Jawablah panggilan kami Aiman' | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo