Infotainment

‘JDT Hummer Tour’ Mula Beroperasi, Bayaran RM30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim

‘JDT Hummer Tour’ Mula Beroperasi, Bayaran RM30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim
'JDT Hummer Tour' Mula Beroperasi, Bayaran RM30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tarikh 1 April mencatat salah satu bersejarah buat negara apabila Malaysia mula membuka semula sempadan darat setelah hampir dua tahun terpaksa ditutup akibat serangan pandemik COVID-19.

Banyak pihak mengambil peluang keemasan ini untuk menarik semula para pelancong untuk datang memeriahkan kembali destinasi pelancongan mereka. Pelbagai promosi kreatif dilakukan termasuklah membawa pelancong menaiki kereta limosin mewah Hummer.

Menurut Ketua Unit Komersil Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Kevin Ramalingam, berkata produk pelancongan sukan itu adalah tarikan baharu yang dibuka kepada orang ramai di stadium berkenaan.

Dengan kadar bayaran serendah RM30, JDT Hummer Tour ini membolehkan pengunjung melihat sendiri stadium ikonik bola sepak Johor Darul Ta’zim itu dengan menaiki kereta mewah itu selama 10 minit.

“Setakat ini hanya dua limosin Hummer disediakan untuk pengunjung yang ingin menikmati tawaran berkenaan. JDT Hummer Tour yang akan berlegar di sekitar stadium akan beroperasi setiap minggu dari Jumaat hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

“Orang ramai yang ingin menikmati JDT Hummer Tour boleh mendapatkan terus tiket di kaunter tiket pintu masuk utama stadium,” kata Kevin.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga menawarkan aktiviti ‘lawatan stadium’ di mana orang ramai boleh melihat di sebalik tabir Stadium Sultan Ibrahim.

“Sebuah restoran keluarga juga telah dibuka di sini yang akan diikuti oleh banyak restoran dan kafe lain, menjadikan Stadium Sultan Ibrahim produk pelancongan sukan yang sesuai untuk seisi keluarga untuk beriadah,” katanya.

Menurutnya, sebagai permulaan, restoran keluarga berkonsep barat iaitu Woodfire Burger juga akan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam disusuli restoran, kafe dan kedai komersial lain yang akan dibuka dalam masa terdekat.

Jika anda kelapangan, bolehlah merasai sendiri pengalaman menaiki limosin mewah Hummer dan merasai kesedapan Woodfire Burger di Stadium Sultan Ibrahim sebelum Ramadhan bermula tidak lama lagi.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum pukul 12.00 tengah malam tadi, deretan kenderaan di Woodlands beratur untuk masuk ke Malaysia. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Deretan Kereta Di Woodlands Checkpoint, Rakyat Singapura Tidak Sabar Masuk Ke Malaysia

Mahu Jual RX-Z RM20,000 Untuk Bina Surau, Lelaki Ini Mencari ‘Sahabat Saham Akhirat’

Pandu Kereta Pelanggan Sehingga Enjin Rosak, Tindakan Bengkel Ini Undang Kemarahan Pemilik Preve


'JDT Hummer Tour' Mula Beroperasi, Bayaran RM30 Untuk Ronda Stadium Sultan Ibrahim 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list