Artikel Terkini

Jejaka Ni “Makeover” Dapur Berkonsepkan Modern Farmhouse

Jejaka Ni "Makeover" Dapur Berkonsepkan Modern Farmhouse 1

PROFIL DAPUR
Nama pemilik: En. Zali
Jenis kediaman: Teres
konsep dapur: Modern farmhouse
Pereka dan kontraktor kabinet dapur: Woooot Carpenter

Namun, ramai beranggapan konsep farmhouse ni kebiasaanya diminati oleh 40-an ke atas dan sudah ketinggalan zaman. Tetapi tidak bagi Encik Zali, pemilik kediaman jenis teres yang terletak di Sutera Damansara, Damansara Damai. Bagi mengelak konsep farmhouse yang dibawa untuk ruang dapur ini tidak kelihatan ketinggalan zaman, pemilik telah menyuntik elemen moden terutamanya pada kemasan.

Sebelum pereka dan kontraktor menzahirkan dapur impian, pemilik telah melakukan beberapa kajian terutamanya melalui perkongsian idea di Pintrest. Berdasarjab beberapa keping paparan gambar yang diambil dari pintrest, pemilik berkongsi idea yang dihajati bersama pereka yang telah dilantik Iaitu Woot Carpenter.

Transaksi antara dapur dan ruang tamu adalah counter island yang menjadi ruang serba guna untuk pemilik. Ia menyediakan ruang simpanan tambahan di bahagian bawah, berfungsi sebagai ruang kerja tambahan dan juga meja makan yang berupaya memuatkan enam hingga tujuh orang dalam satu masa.

Keseluruhan struktur kabinet dapur diperbuat daripada kayu keras jenis nyatoh yang dipadankan dengan Quartz Stone Worktop berwarna putih. Memilih rekaan jenis shaker door yang ringkas bertujuan menyerlahkan perincian lain yang digunakan. Melengkapi dan mengaburi cela permukaan kayu nyatoh, pereka mengenakan spray paint rona hijau pakai atau fern green.

Disebabkan saiz dapur agak terhad, pemilik memilih rak kabinet terbuka pada bahagian dinding atas untuk kelihatan libih luas. Seperti dapur berkonsepkan farmhouse yang lain, tidak lengkap rasanya tanpa ventilation hood jenis Wall-mounted chimney yang disadur dengan kemasan spray paint rona hijau pakis

Elemen moden diselitkan pada kemasan backsplash dan lantai tempaan khas. Untuk backsplash, pemilik memilih jubin berbentuk honey comb rona putih yang di susun secara bersahaja antara transisi permukaan konkrit pada berona peach. Secara tidak lang, ia menyerahkan lagi rekaan backsplash dapur ini.

Sedikit palitan kemewahan dan nilai vintaj turut diterapkan sebagai kemasan terakhir dapur ini. Bukan emas, tetapi rona tembaga pada pemegang kabinet dapur, lampu dinding, lampu pandent dan retractable flexi-hose mixer pada sinki.

Walaupun konsep farmhouse dikatakan ketinggalan zaman, dengan gabungan beberapa elemen dan pemilihan rona malar seagr menjadikan keseluruhan dekorasi dapur ini kelihatan unik dan tersendiri. Oleh itu, tidak kira apa jua penerapan konsep dalam sesebuah dekorasi anda perlu bijak suai padan untuk menghasilkan identiti tersendiri.

Jejaka Ni "Makeover" Dapur Berkonsepkan Modern Farmhouse 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link