Artikel Terkini

Jeritan Abang Popia bikin pemuda semangat berniaga

Jeritan Abang Popia bikin pemuda semangat berniaga
Jeritan Abang Popia bikin pemuda semangat berniaga 1

PETALING JAYA – Menjalani rutin pekerjaan menjual makanan tentunya memenatkan kerana persediaan untuk membuka perniagaan setiap hari bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, penat lelah itu boleh dikatakan berbaloi apabila melihat ramai pelanggan beratur untuk mendapatkan produk makanan yang dijual.

Lain pula kisahnya dengan kisah peniaga ini yang digelar ‘Abang Popia’ dan menjadi ‘kegilaan’ murid-murid sekolah ini.

Dapat dilihat dalam satu video yang dikongsi di TikTok, beberapa murid menjerit memanggil ‘Abang Popia’ sekuat hati membuatkan lelaki yang khusyuk menggoreng popia itu terkejut.

Lucunya, bukan sekali malah boleh dikatakan setiap kali bas atau van sekolah melintasi gerai tersebut pasti terdengar jeritan sekuat hati seperti itu dalam usaha untuk menarik perhatiannya.

“Saya tengah fikir macam mana nak buli balik. Dari hujung jalan kot mereka rancang, sampai je mereka akan jerit,” selorohnya.

Sementara itu, netizen yang terhibur dengan keletah melucukan murid-murid tersebut turut tidak ketinggalan meninggalkan komen.

“Terkejut dah ‘Abang Popia’ tu dok jerit-jerit tengah masak,” ujar mamaieyma2733_.

“Abang mesti baik sebab tu budak-budak selalu panggil,” ujar @dewi1204 pula.

Sehingga kini, video hantaran tersebut menerima 539,000 tanda suka dan dikongsi lebih 9,321 pengguna. – KOSMO! ONLINE


Jeritan Abang Popia bikin pemuda semangat berniaga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list