Infotainment

Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall

Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall
Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall 1

Kalau kita lihatkan kes harian COVID-19 sekarang ini sangat merisaukan. Semakin meningkat sehingga mencecah belasan ribu kes. Seram juga tu, tapi apakan daya nak tak nak terpaksa juga hadap realiti wujudnya COVID-19 sekarang ini. Ye dak?

Apa yang boleh kita boleh buat adalah patuhi SOP dan juga dapatkan suntikan vaksin seperti saranan kerajaan. Macam yang anda tahu, suntikan vaksin COVID-19 adalah salah satu kaedah untuk membantu mengawal penularan virus pembunuh ini. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membentuk antibodi dan mengurangkan kebarangkalian kes dari COVID-19 ini.

Tengah rancak membaca ni, anda dah menerima suntikan dos penggalak (booster) ke belum? Haa, kalau belum, anda perlu dapatkannya tau. At least dapat juga jadi ‘benteng’ dalam badan kita nanti. Nak pula sekarang ini dah muncul pula virus baharu Omicron, lagi lah merisaukan.

Nak Kasi Hadiah?

Kami ada satu berita baik untuk anda ni. Anda cucuk booster dan dapat hadiah! Seronok tau kalau tiba-tiba dapat hadiah. Tak kisahlah hadiah itu nilainya berapa, tapi kalau dah dinamakan hadiah tu, dia punya excited tu lain machiam sikit, Haha!

Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall 2

Bermula SEKARANG hingga 15 Mac 2022 ini, anda boleh tebus HADIAH PERCUMA seperti baucar Sunway eMall, Kicap tanpa GMO Sunway Lagoon, Fashion Tote Bag dan banyak lagi untuk anda grab nanti!

Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall 3

Pergh, rugi kalau tak tebus. Alang-alang anda jalan-jalan cuci mata di Sunway Putra Mall tu singgah lah sekejap di booth untuk tebus hadiah anda tu. Janji anda dah cucuk vaksin booster okay?

“Alah, busy kerja lah. Mana sempat nak singgah”

Rilex gais, anda boleh tebus setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di booth Booster Bonuses Redemption yang berada di Ground Floor, Sunway Putra Mall tau. So, tiada lagi alasan. Hehe..

Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall 4

Semasa anda nak tebus itu, tak ada syarat susah pun, hanya tunjukkan Sijil Vaksinasi anda melalui MySejahtera atau pun kad vaksin yang anda dapat tu jer. Mudah sangat. Tak pasal-pasal jer dapat hadiah percuma. Ahaks.

*Mengikut terma dan syarat

Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall 5

Jadi, jangan tunggu lama-lama. Cepat tebus! Ajak juga kawan-kawan anda tu, tapi pastikan anda dah cucuk booster tau, Kalau tidak, tak valid nanti. Hehe. Untuk info lanjut anda klik link di bawah ni okay:

Facebook: DI SINI
Instagram: DI SINI
Twitter: DI SINI


Jom Sama-sama Cucuk Booster & Tebus Freebies Di Sunway Putra Mall 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo