Berita

Jualan 11.11 Lazada tawar diskaun hingga 90 peratus

Jualan 11.11 Lazada tawar diskaun hingga 90 peratus 1

Jualan 11.11 Lazada tawar diskaun hingga 90 peratus 2

Kuala Lumpur: Lazada Malaysia kembali dengan festival membeli-belah 11.11 yang membolehkan orang ramai menikmati pelbagai produk di LazMall tanpa membangkrapkan dompet mereka.

Digelar sebagai “Jualan Satu Hari Terbesar”, LazMall menawarkan pelbagai jenama antaranya Apple, Sharp dan Tefal dengan tawaran yang sudah diberi diskaun pada tengah malam ini, sebagai sebahagian daripada jaminan harga terendah.

Lazada dalam kenyataan berkata, pembeli dalam talian disarankan menempah tawaran harga terendah itu dengan mengklik pada fungsi ‘Ingatkan Saya’ pada aplikasi Lazada untuk menjadi pembeli pertama yang akan mendapat tawaran berkenaan.

Lazada dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berjanji untuk membawa kembali beberapa tawaran harga terendah yang dijamin melalui Jualan Satu Hari Terbesar atau pelanggan akan beroleh gerenti 11 kali wang balik.

“Pembeli boleh mendapatkan harga terendah yang tiada tandingan daripada ratusan jenama antarabangsa dan tempatan yang eksklusif di LazMall termasuk diskaun sehingga 90 peratus ke atas kira-kira 70 juta barangan.

“Mereka juga layak untuk menerima penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM11,” katanya.

Sementara itu, Lazada turut mengumumkan ciri “Share Pocket” yang mana pembeli boleh memenangi baucar dan wang tunai bagi dibelanjakan untuk jualan pada 11 November yang bermula tengah malam ini.

Jualan 11.11 Lazada tawar diskaun hingga 90 peratus 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo