Infotainment

Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tahu Batas Sebagai Muslim

Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tahu Batas Sebagai Muslim
Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tahu Batas Sebagai Muslim 1

Baru-baru ini perkongsian Insta Story pelakon Julia Farhana menjadi perhatian memaparkan seekor anjing meunggu di luar biliknya sekaligus menjadi tanda tanya netizen.

Mengaku dia dan keluarganya mempunyai seekor anjing yang diberi nama Julio, Julia menjelaskan anjing peliharaannya itu sudah dilatih untuk tidak menjilat atau bersentuhan dengan mereka.

“Nama dia Julio dan dia memang anjing peliharaan kami sekeluarga. Selain anjing, saya juga ada tujuh ekor kucing yang semua diselamatkan.

“Saya tahu ini perkara yang sensitif dan saya faham sebab sebagai Muslim, mereka (netizen) risau dengan isu terkena air liur atau tersentuh waktu basah.

“Tapi ia bukan isu untuk saya dan keluarga sebab Julio sudah dilatih dengan baik. Dia takkan jilat atau sentuh kami. Kalau lihat video saya pun, kami tidak pernah bersentuhan dan dia juga bukan anjing jenis air liur meleleh,” katanya.

Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tahu Batas Sebagai Muslim 2

Dalam pada itu, Julia berkata urusan penjagaan haiwan peliharaannya itu dilakukan oleh pembantu rumahnya yang bukan beragama Islam.

“Bab bagi makan, mandi dan tukar diapers, semua diuruskan oleh pembantu rumah kami yang bukan Muslim. Setiap bulan kami hantar dia ke tempat groomer.

“Jadi memang tak akan bersentuhan dalam keadaan basah pun. Dia pun tidak akan berjalan-jalan dalam rumah, ada beberapa kawasan saja. Bilik solat saya pun dekat tingkat paling atas di mana dia tidak boleh masuk,” katanya.

Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tahu Batas Sebagai Muslim 3

Menurut Julia, dia menyedari tanggungjawab sebagai Muslm. Ujarnya dia mengambil anjing tersebut sejak kecil kerana tiada siapa mahu menjaganya.

“Kami ambil dia ketika berusia dua bulan kerana tiada siapa nak jaga dia disebabkan masalah kulit. Saya pun dah biasa dikelilingi anjing sejak kecil.

“Kami dah biasa latih anjing. Masa membesar di Australia, ibu bapa saya ada empat ekor anjing. Nowadays pun, kalau la tersentuh masa basah pun ada sabun sertu.

“Saya tahu tanggungjawab sebagai Muslim dan saya nak jaga bukan saja hubungan dengan manusia tapi dengan semua makhluk hidup seperti haiwan dan sebagainya,” katanya.


Julia Farhana Mengaku Bela Anjing, Tahu Batas Sebagai Muslim 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo