Infotainment

Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k

Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k
Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k 1
January 2nd, 2022 | by Shira

Kini Trending

Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k 2

Foto: Daily Mail

Seorang ahli farmasi dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana merogol dan membunuh seorang pelajar di Kazakhstan yang juga bekerja sebagai jurusolek. Lebih mengejutkan apabila suspek dipercayai memenggal dan merebus kepala mangsa.

Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k 4

Foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, mangsa berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama Ayazhan Edilova itu merupakan seorang pelajar jurusan fesyen dan gadis ini dikatakan mengambil upah untuk menjahit pakaian. Pada suatu hari, mangsa telah pergi ke rumah suspek, Rakhmanberdi Torebekov untuk mengambil ukuran badannya bagi menghasilkan sepasang sut.

Tetapi sebaliknya yang terjadi apabila suspek didakwa telah bertindak agresif dengan merogol dan menyerang mangsa selepas gadis itu enggan melakukan hubungan seks dengannya. Tidak terhenti di situ, suspek kemudian membunuh dengan memotong tubuh badan mangsa kepada beberapa bahagian sebelum memenggal dan merebus kepalanya di dalam periuk.

Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k 6

Foto: Daily Mail

Menurut sumber, beberapa bahagian tubuh badan mangsa ditemui di kawasan pembuangan sampah di kediaman suspek. Menurut abang mangsa, gigi serta kuku adiknya telah ditanggalkan dan diletakkan di dalam sebuah beg plastik berasingan.

Dia membunuh adik saya dan menghabiskan kira-kira 24 jam memotong tubuh badannya.

Lebih mengejutkan apabila pihak berkuasa turut menemui beberapa bahagian tubuh mangsa kedua, di mana ia menjurus kepada kemungkinan suspek merupakan seorang pembunuh bersiri. Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Edilova memasuki lif bersama Torebekov, yang juga merupakan kali terakhir gadis itu dilihat dalam keadaan masih hidup. 

Berikutan daripada itu, Hakim Erkin Maishinov menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun kepada suspek. Dia juga turut diperintahkan untuk membayar £34,000 (RM192,148) sebagai sebahagian daripada pampasan kepada keluarga pelajar itu. 

Sumber: Daily Mail


Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k 8


Jurusolek Dirogol, Badan Dikerat & Kepala Direbus, Ahli Farmasi Dipenjara & Diarah Bayar Pampasan RM192k 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo