Berita

Juve mahu satukan Zidane, Ronaldo

Juve mahu satukan Zidane, Ronaldo 2

London: Juventus dilaporkan ‘merisik’ Zinedine Zidane untuk mengambil alih tugas pengurus daripada Andrea Pirlo.

Gergasi Itali itu kini ketinggalan lapan mata di belakang Inter Milan di puncak Serie A.

Menurut program TV Sepanyol, El Chiringuito, Juve sedia mengorak langkah mendapatkan pengendali Real Madrid, Zidane.

Ini bermakna pertemuan semula dengan Cristiano Ronaldo yang meninggalkan Real untuk ke Juventus dengan harga £88 juta (RM491 juta) pada 2018.

Tetapi satu lagi pilihan buat pilihan jurulatih berusia 48 tahun itu ialah menggantikan Didier Deschamps sebagai pengendali skuad kebangsaan Perancis.

Zidane membawa Los Blancos meraih gelaran La Liga musim lalu dan mempunyai kontrak sehingga 2022 tetapi musim ini tampak kurang menjadi apabila menduduki tangga kedua, enam mata di belakang pendahulu, Atletico Madrid dan beraksi lebih dua perlawanan.

Real turut tersingkir daripada Piala Raja Sepanyol apabila tewas kepada kelab liga tiga, Alcoyano.

Menurut Cadena Ser via Football Italia, Los Blancos sedia menimbang untuk mendapatkan Massimiliant Allegri atau legenda kelab, Raul sebagai pengendali baharu kelab sekaligus membuka jalan kepada Juve untuk mendapatkan Zidane.

Juve kini berada di tangga keempat di Serie A dengan dua kelab Milan selesa di puncak dan tangga kedua.

Juve mahu satukan Zidane, Ronaldo 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo