Berita

K-Clique tidak kecewa, mereka tewas!

K-Clique tidak kecewa, mereka tewas! 1

K-Clique tidak kecewa, mereka tewas! 2

Kuala Lumpur: Kumpulan rap K-Clique tidak kecewa langsung apabila rezeki tidak menyebelahi mereka untuk menang trofi Artis Asia Tenggara Terbaik di acara Anugerah Muzik Eropah MTV 2020 (MTV EMA 2020), hari ini.

Anggotanya, MK berkata yang pasti mereka tidak akan berputus-asa untuk menjual muzik diperjuangkan K-Clique ke peringkat antarabangsa selain menyifatkan pencalonan di anugerah itu, satu permulaan baik.

“Yang pasti, ini bukan kali pertama dan terakhir kamu lihat kami diiktiraf di anugerah ini. Kami pun masih kira pendatang baharu, Insya-Allah, ada rezeki dapat tercalon lagi.

“Bagi kami, sokongan padu peminat terutama yang bekerja-keras mengundi kami dalam acara itu sudah cukup memadai. Tiada sedikit rasa sedih pun, rezeki belum berpihak kepada kami.

“Sebaliknya, ia menyemarakkan lagi semangat untuk K-Clique tampil lebih luar biasa dalam penghasilan karya akan datang. Terima kasih tidak terhingga atas setiap sokongan rakyat Malaysia yang berterusan kepada kami,” katanya.

Pada anugerah itu yang berlangsung secara virtual, penyanyi rap dari Vietnam iaitu Jack dinobatkan pemenang kategori terbabit. Dia menewaskan K-Clique, Agnez Mo dari Indonesia, Ben & Ben (Filipina), Benjamin Kheng (Singapura), dan Violette Wautier (Thailand).

Disebabkan situasi pandemik sekarang, acara itu diadakan secara virtual pada tahun ini dan persembahan dipancarkan dari beberapa negara sekitar Eropah. Pada tahun lalu, ia diadakan di Sevilla, Sepanyol.

Terdahulu, penyanyi rap Joe Flizzow mencipta sejarah menjadi penyanyi sulung dari Malaysia memenangi trofi Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung dibBizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

K-Clique tidak kecewa, mereka tewas! 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo