Infotainment

Kabel USB-C-to-Lightning Dengan Perisian Hasad Terbina Membolehkan Godaman Dari Jarak Sejauh 2KM

Kabel USB-C-to-Lightning Dengan Perisian Hasad Terbina Membolehkan Godaman Dari Jarak Sejauh 2KM
Kabel USB-C-to-Lightning Dengan Perisian Hasad Terbina Membolehkan Godaman Dari Jarak Sejauh 2KM 1

Apabila bercakap mengenai serangan godaman, pihak penggodam kini mempunyai pelbagai cara kreatif untuk mendapatkan maklumat peribadi daripada komputer dan peranti seseorang. Dari tetikus gaming ke kad grafik, ia nampaknya dilihat bahawa jika sesebuah perkakasan itu mempunyai storan dan komponen elektronik, apa-apa sahaja boleh menjadi sebuah alat godaman.

Terkini, lebih menakutkan lagi ialah laporan bahawa seorang penyelidik sekuriti telah berjaya membangunkan sebuah alat godaman nirwayar, iaitu sebuah kabel USB-C to Lightning yang juga merupakan sebuah pemancar WiFi yang terbina dengan sebuah program keylogger.

Kabel ini dinamakan OMG Cable dan untuk mengaktifkannya, ia hanya perlu dipasang pada mana-mana palam USB sebuah komputer dan fungsi WiFinya akan diaktifkan, membolehkan penggodam untuk mengakses semua input yang dimasukkan oleh pengguna komputer tersebut, dan data input tersebut akan dihantar secara automatik secara WiFi.

Kabel USB-C-to-Lightning Dengan Perisian Hasad Terbina Membolehkan Godaman Dari Jarak Sejauh 2KM
Kabel USB-C-to-Lightning Dengan Perisian Hasad Terbina Membolehkan Godaman Dari Jarak Sejauh 2KM 6

Apa yang lebih menakutkan lagi ialah jarak penghantaran data sambungan WiFi ini dilaporkan boleh pergi sejauh 1.6km, dan ini membolehkan penggodam untuk duduk dimana-mana dalam radius kawasan ini dan mereka tidak akan dijejak.

Bukan itu sahaja, kabel ini hadir dengan kebolehan geofencing, iaitu penjejakan geografi yang boleh memutuskan sambungan WiFi ini sekiranya kabel tersebut tidak mengesan peranti penggodam tersebut didalam kawasannya. Dengan itu, tiada siapa yang akan menyangka bahawa kabel ini adalah aksesori yang digunakan untuk membulakan godaman tersebut.

Apabila ditanya mengapa penyelidik tersebut membangunkan teknologi ini, dia berkata bahawa ini adalah untuk membuktikan bahawa kabel USB-C tidaklah selamat yang disangka, khususnya apabila kita tahu bahawa kabel-kabel ini boleh mengalirkan arus elektrik dan data pada kadar yang tinggi.

Buat masa ini, OMG Cable adalah sebuah aksesori konsep, dan cara pembuatannya tidak diketahui ramai.

(Sumber: 9to5 Mac)

Kabel USB-C-to-Lightning Dengan Perisian Hasad Terbina Membolehkan Godaman Dari Jarak Sejauh 2KM 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo