Infotainment

Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Menurun Disebalik Penurunan Harga Rumah 2021

Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Menurun Disebalik Penurunan Harga Rumah 2021
Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Menurun Disebalik Penurunan Harga Rumah 2021 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Di sebalik penurunan harga rumah yang dicatatkan pada suku kedua 2021, kadar kelulusan pinjaman perumahan masih tidak meningkat di Malaysia. Malah ia semakin menurun.

Menurut laporan Indeks Pasaran Hartanah Malaysia Suku Kedua 2021 yang dikeluarkan oleh PropertyGuru, harga rumah di Malaysia secara keseluruhannya menguncup 1.79% berbanding suku kedua 2020.

Jika anda menyangka penurunan harga rumah ini akan mendorong kenaikan kadar kelulusan pinjaman perumahan, sangkaan anda meleset. Ini kerana menurut Bank Negara Malaysia (BNM), kadar kelulusan pinjaman perumahan menurun 33.4% pada suku pertama 2021 berbanding 37.3% pada suku sebelumnya (suku keempat 2020).

Persoalannya mengapa situasi ini berlaku? Bukankah jika harga rumah turun, lebih ramai rakyat Malaysia akan mampu membeli rumah?

Pada perspektif bank-bank di Malaysia ketika ini, jawapannya tidak. 

Mengapa?

Jawapannya terletak pada kesan pandemik COVID-19 kepada ekonomi.

COVID-19 buat hutang isi rumah Malaysia meningkat

malaysia-bank-financial-assistance-covid-19

Sumber: RinggitPlus

Kesan pandemik COVID-19 kepada iklim ekonomi tempatan sememangnya tak dapat dinafikan. Justeru itu, untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara, BNM bertindak menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR). 

Kita tidak perlu tahu secara lanjut apa itu OPR untuk mengetahui kesannya kepada kewangan kita. Dalam konteks pinjaman perumahan, OPR secara asasnya akan mempengaruhi berapa faedah pinjaman perumahan anda.

Ketika artikel ini ditulis, BNM masih mengekalkan OPR pada kadar 1.75% – terendah dalam sejarahnya. Ini membuatkan kadar faedah pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh bank-bank kepada pembeli rumah menurun.

Apabila kadar faedah pinjaman menurun, minat rakyat Malaysia untuk meminjam akan meningkat. Situasi ini sebenarnya bagus untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, terutamanya dalam sektor hartanah dan automotif. Tetapi jika rakyat dibiarkan meminjam tanpa kawalan, ia akan membinasakan ekonomi juga akhirnya.

Pertumbuhan ekonomi yang dipandu oleh pengumpulan hutang (berbanding pertumbuhan yang dipandu oleh peningkatan pendapatan) sangat-sangatlah tidak mampan dan berbahaya. Apatah lagi jika kita mengambil kira faktor pendapatan majoriti rakyat yang sedang berkurangan ketika ini.

Apa yang kita khuatiri adalah OPR yang rendah akan meninggikan lagi jumlah hutang rakyat Malaysia. 

Sebelum pandemik COVID-19 lagi, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) kita sudah berada pada paras yang tinggi. Sebagai contoh pada akhir 2015, nisbah hutang kepada KDNK di Malaysia adalah 86.94%. Pada Disember 2020 yang lepas, ia meningkat ke 93.3%! Menurut BNM, dua penyumbang utama hutang rakyat Malaysia adalah pinjaman perumahan dan pembelian kereta.

Sebelum pandemik COVID-19, anda mungkin perlu membayar antara 4-6% faedah pinjaman perumahan setahun kepada bank. Kini anda hanya perlu membayar antara 3-4% setahun! Malah anda boleh mendapatkan kadar faedah bawah 3% jika anda membayar deposit dan mempunyai markah kredit kewangan yang tinggi.

Sebab itulah ketika ini jumlah permohonan pinjaman perumahan sedang meningkat. Data dari bank-bank seluruh Malaysia menunjukkan mereka sedang menerima peningkatan permohonan pinjaman perumahan sejak berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lepas. Pada Mac 2021, jumlah permohonanan pinjaman perumahan mencecah rekod tertingginya iaitu RM92.24 bilion!

Siapa kata orang tak beli rumah semasa pandemik COVID-19?

rumahpertamaxx3_1607036408

Sumber: Harian Metro

Tetapi bank bijak. Seiring dengan peningkatan minat rakyat Malaysia membeli rumah ketika ini, mereka mula bersikap ‘berhati-hati’ ketika meluluskan pinjaman. Ini kerana mereka tidak mahu menjadi penyumbang kejadian gelembung hartanah (property bubble) dan seterusnya mengelak krisis kewangan global 2008 berulang semula. 

Sebab itulah, proses kelulusan pinjaman perumahan sekarang menjadi lama dan semakin sukar. 

Pada suku pertama 2021, kadar kelulusan pinjaman perumahan menurun kepada hanya 33.4% berbanding 37.3% pada suku keempat 2020. Sedangkan jumlah permohonan pinjaman perumahan semakin meningkat.

Ukur baju di badan sendiri

Tak dinafikan selain kadar faedah pinjaman yang rendah, peningkatan permohonan pinjaman perumahan juga didorong oleh perlanjutan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021 oleh kerajaan. 

Mata pembeli rumah pada tahun 2021 menjadi semakin rambang apabila ramai pemaju menawarkan pelbagai insentif seperti diskaun, rebat, hadiah dan cashback untuk melariskan inventori hartanah mereka. 

Trend ini dijangka akan berterusan sehingga akhir tahun 2021 apabila semakin ramai rakyat Malaysia mendapat suntikan vaksin COVID-19 dan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilonggarkan nanti.

Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli rumah, tahun 2021 adalah masa terbaik untuk anda. Ini kerana harga rumah sudah menjadi semakin stabil, HOC 2021 dilanjutkan sehingga akhir tahun ini dan pihak pemaju pula sedang berlumba-lumba menawarkan insentif untuk mendapatkan tandatangan anda dalam surat perjanjian jual beli (SPA).

Tetapi sebelum anda membeli, pastikan anda mengukur baju di badan sendiri. Pastikan anda memeriksa dahulu kelayakan pinjaman perumahan anda di Hi MORTGAGE: https://www.himortgage.asia/ sebelum membuat pembayaran yuran tempahan.

Dengan Hi MORTGAGE, anda akan:

– Dapat lebih banyak pilihan produk pinjaman perumahan. Ini membolehkan anda memilih produk terbaik, yang mampu menjimatkan ratusan ringgit duit anda setiap bulan.

– Dapat seorang konsultan yang berdedikasi khas untuk anda. Ini membolehkan proses permohonan pinjaman menjadi lebih senang, menjimatkan masa dan mudah diluluskan oleh bank.

Terlalu ramai pembeli rumah, terutamanya pembeli rumah pertama, yang membayar yuran tempahan dahulu sebelum memeriksa kelayakan pinjaman perumahan mereka. Natijahnya mereka menjadi sebahagian daripada statistik jumlah pinjaman perumahan yang ditolak oleh bank.

Ukur baju di badan sendiri. Beringat sebelum kena.


Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Menurun Disebalik Penurunan Harga Rumah 2021 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo