Berita

Kajian segera atasi runtuhan tebing sungai

Kajian segera atasi runtuhan tebing sungai 2

Pasir Mas: Kerajaan Kelantan sudah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melakukan kajian lanjut dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tebing Sungai Kelantan yang runtuh di Kampung Jalan Pohon Celagi di sini, pagi hari ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, tindakan segera perlu dilakukan memandangkan masih berlaku pergerakan tanah dan berharap segala masalah itu akan dapat diatasi sebelum November nanti iaitu ketika musim tengkujuh.

“Perkara ini perlu dibuat kajian secara lebih mendalam termasuk mengkaji punca berlakunya pergerakan tanah.

“Apa yang saya dimaklumkan tembok di sini dibina sejak tahun 80-an dan kini sudah berusia 40 tahun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perkembangan kejadian tanah runtuh di tempat kejadian di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Hanifa Ahmad serta Pengarah JPS Kelantan Kamal Mustapha.

Ahmad berkata, kerajaan negeri mengambil langkah segera dengan memindahkan kesemua 15 keluarga membabitkan 50 orang ke Dewan Majlis Daerah Pasir Mas bagi menjaga keselamatan nyawa dan harta benda penduduk yang terjejas.

“Tindakan awal yang dilakukan adalah dengan memindahkan kesemua keluarga kerana kita bimbang berlakunya pergerakan tanah sekiranya mereka masih berada di situ.

“Kita juga akan melihat apa kaedah jangka pendek supaya dapat selamatkan harta benda milik penduduk di situ,” katanya dan menambah kerajaan negeri merasa dukacita atas kejadian yang pertama kali berlaku dalam tempoh 40 tahun kawasan itu diduduki.

Dalam kejadian antara 2.30 pagi hingga 6.30 pagi tadi, kira-kira 50 penduduk kampung itu yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat apabila tebing sepanjang 200 meter berhampiran rumah mereka runtuh.

Runtuhan itu turut mengakibatkan sebuah rumah runtuh manakala beberapa rumah lagi terjejas dan hampir runtuh namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Siasatan awal mendapati, runtuhan itu berlaku disebabkan terjahan air Sungai Kelantan ke tebing berkenaan.

Berita berkaitan

Tebing Sungai Kelantan runtuh, 50 penduduk dipindahkan [METROTV]

Kajian segera atasi runtuhan tebing sungai 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo