Infotainment

“Kalau Ikut Tabligh Sampai 44 Hari, Siapa Nak Bagi Anak Isteri Saya Makan?”

"Kalau Ikut Tabligh Sampai 44 Hari, Siapa Nak Bagi Anak Isteri Saya Makan?" 2

Sejak kebelakangan ini ada beberapa selebriti dilaporkan mula mengikuti jemaah tabligh untuk mendalami ilmu agama serta mendekatkan diri ke jalan Allah.

Melihatkan beberapa rakan artis seangkatan dengannya berhijrah dengan mengikuti kumpulan tabligh, penyanyi Datuk Awie mengakui turut diajukan soalan berkenaan daripada peminatnya.

BACA: Awie Selamat Timang Anak Keenam Pada Usia 53 Tahun

Menurut Awie, cara dan jalan hidup seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sesiapa melainkan individu itu sendiri. Ujarnya, jika dia berbuat demikian siapa yang akan menjaga keluarganya.

“Siapa mereka nak tentukan jalan orang. Kalau saya pergi (ikut jemaah tabligh) sampai 44 hari, siapa nak bagi anak isteri saya makan. Saya bukan nak menyalahkan sesiapa, ikut merekalah nak ikut jalan mana nak mencari ilmu Allah.

“Adakah kita perlu duduk dalam pertubuhan untuk cari jalan Allah? Lebih baik kita duduk berteleku mencari guru, one to one, tak faham boleh tanya orang,” katanya.

Tiada niat untuk memperlekeh pertubuhan tabligh, namun dia menghormati setiap jalan hidup yang dipilih oleh mana-mana pihak.

“Saya tak membangkang sebab kita masing-masing ada jalan tersendiri (dalam mencari ilmu) dan kita perlu menghormatinya.

“Tak semestinya kita berpakaian sebegini, kita tak nak jumpa Tuhan. Adakah kita perlu ikut cara orang Pakistan, cara orang Arab seperti berjanggut, berjubah dan berserban itu baru kita nampak suci,” katanya.



"Kalau Ikut Tabligh Sampai 44 Hari, Siapa Nak Bagi Anak Isteri Saya Makan?" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo