Infotainment

Kami tak pernah berhenti usaha – Zulin Aziz jawab soal zuriat

Kami tak pernah berhenti usaha – Zulin Aziz jawab soal zuriat
Kami tak pernah berhenti usaha - Zulin Aziz jawab soal zuriat 1

PETALING JAYA: “Kami tak pernah berhenti berusaha. Mohon doa yang baik-baik untuk kami. Penantian itu harus ada kesabaran kan?”

Itu jawapan ringkas dan tenang pelakon, Zulin Aziz apabila dia mengakui sering diasak soalan tentang zuriat daripada pelbagai pihak.

Jelas Zulin, memasuki 10 bulan usia perkahwinan, dia dan suami juga mahu memiliki cahaya mata, namun menyerahkan soal rezeki kepada Tuhan.

“Selepas 10 bulan kahwin, asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak. Jujurnya, kami juga seperti pasangan lain, pasti mahukan zuriat.

“Kami selalu meluangkan masa bersama dan pergi bulan madu. Mencari kualiti masa bersama. Insya-Allah, doakan saya dan suami,” katanya.

Perkongsian Zulin di media sosial mendapat perhatian ramai peminat yang turut meluahkan perasaan sama apabila sering ditanya soal anak, walaupun ada yang baru sebulan berkahwin.

“Anak itu rezeki Allah. Dia akan beri bila kita mampu dan bersedia. Ada yang baru sebulan kahwin, orang asyik tanya,” komen seorang pengikutnya.

Sebelum ini, Zulin mendedahkan dia mengalami keguguran selepas ditanya tentang soal anak ketika membuat siaran langsung di aplikasi TikTok, Ogos lalu.

Zulin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Farhan Norzaini pada 19 Februari lalu.


Kami tak pernah berhenti usaha - Zulin Aziz jawab soal zuriat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo