Infotainment

“Kasih Sayang Lagi Kuat Bila Ada Anak”

“Kasih Sayang Lagi Kuat Bila Ada Anak”
"Kasih Sayang Lagi Kuat Bila Ada Anak" 1

Hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pada Mac lalu pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan mereka mengambil anak angkat.

Kehadiran cahaya mata yang diberi nama Musa itu semestinya memberi makna cukup besar buat Noh dan Mizz Nina.

BACA: Mizz Nina Nafi Posting Di IG Ada Kaitan Dengan Isu Rumah Tangga

Memetik Utusan Online, selepas bergelar seorang bapa, Noh turut merasai perkara tersebut dimana kasih terhadap Musa sangat berbeza selepas kehadirannya.

“Badan dia sudah semangat. Saya dan Nina setiap pagi memang kena bawa Musa pusing taman. Alhamdulillah, dia sihat.

“Bila cakap soal anak adalah perkataan cinta dan kasih sayang. Jika sudah mempunyai anak, rupanya ada rasa sayang itu yang berbeza tahap. Tahap di langit. Malah, bila sudah ada cahaya mata, kasih sayang itu lagi kuat. Saya baru sedar perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata dia kini sedang memanfaatkan masa bersama isteri dan cahaya mata kesayangannya itu yang kini berusia tujuh bulan.

“Sekarang ini saya lebih fokus kepada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali akan membawa Musa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Perkara yang membimbangkan kami adalah kesihatannya terutama dalam situasi Covid-19 yang masih ada,” katanya.

Mizz Nina mendirikan rumah tangga dengan Noh pada 1 Julai 2011. Sebelum ini, Mizz Nina dilaporkan pernah menjalani rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).


"Kasih Sayang Lagi Kuat Bila Ada Anak" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list