Berita

Kecoh pesakit Covid-19 curi telefon [METROTV]

Kecoh pesakit Covid-19 curi telefon [METROTV] 1

Kecoh pesakit Covid-19 curi telefon [METROTV] 2

Sepang: Dua pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, ditahan semalam selepas terbabit dalam kejadian mencuri telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pada jam 10.30 malam itu, pegawai perubatan wanita berusia 34 tahun ketika sedang bertugas menyedari berlaku kekecohan dalam kalangan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Dewan C.

Menurutnya, pegawai perubatan terbabit kemudian mengaktifkan kod jingga dan meminta bantuan daripada polis bertugas bagi meredakan keadaan.

“Dia kemudian menjalankan temubual dalam kalangan pesakit dan mendapati berlaku kecurian beberapa telefon bimbit dalam kalangan pesakit.

“Dua lelaki terbabit berusia 24 tahun dan 40-an yang disyaki mencuri telefon bimbit itu ditahan pesakit lain sehingga berlaku kekecohan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul berkata, suspek dipindahkan ke Dewan DG bagi tujuan keselamatan dan empat telefon bimbit yang dicuri itu turut dirampas.

“Polis sudah mengambil maklumat mengenai mereka dan akan membuat tangkapan selepas sembuh daripada Covid-19.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

TANGKAP layar video kejadian yang tular. FOTO tular media sosial
TANGKAP layar video kejadian yang tular. FOTO tular media sosial

Kecoh pesakit Covid-19 curi telefon [METROTV] 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo