Infotainment

Keluar Rumah Untuk Hirup Udara Segar, Tindakan Individu Positif COVID-19 Ini Buat Netizen Bengang

Keluar Rumah Untuk Hirup Udara Segar, Tindakan Individu Positif COVID-19 Ini Buat Netizen Bengang
Keluar Rumah Untuk Hirup Udara Segar, Tindakan Individu Positif COVID-19 Ini Buat Netizen Bengang 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketika ini, kes jangkitan COVID-19 di negara kita masih dalam keadaan yang membimbangkan dan orang ramai dinasihatkan agar tetap patuhi SOP serta mengambil suntikan vaksin dengan kadar segera.

Umum mengetahui, bagi mereka yang tidak bergejala tetapi dijangkiti wabak pandemik COVID-19, mereka akan jalani kuarantin kendiri di rumah. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @pvncessfatin telah meluahkan rasa kecewanya apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab keluar rumah walaupun telah disahkan positif.

Menerusi perkongsiannya itu, seorang pengguna TikTok yang positif COVID-19 bertindak memuat naik video bersiar-siar di kawasan perumahannya untuk menghirup udara segar.

Individu tersebut mengatakan dalam videonya bahawa pesakit positif perlu mendapatkan oksigen di luar rumah sekurang-kurangnya dalam tempoh 15 minit dan berharap jiran tetangga tidak akan berasa takut. Tindakan individu tersebut yang dipercayai keluar rumah ketika dalam tempoh kuarantin mencemaskan ramai pihak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap pentingkan diri yang boleh membahayakan nyawa orang lain. Malah, para netizen berharap pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Malah, ada juga netizen mengatakan laporan polis telah dibuat dan siasatan akan dilaksankan oleh pihak polis. Difahamkan, individu terbabit telah memadamkan akaun TikToknya selepas mendapat kecaman netizen.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan sikap pentingkan diri sesetengah netizen yang sah positif COVID-19 tetapi masih keluar rumah. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Remaja Dikompaun RM5,000 Selepas Potong Gelang ‘Pink’ Sebab Nak Bersiar-Siar

Ditegur Langgar Kuarantin, Isteri Nazri Aziz Jelaskan Aktiviti Dibuat Di Pantai Persendirian


Keluar Rumah Untuk Hirup Udara Segar, Tindakan Individu Positif COVID-19 Ini Buat Netizen Bengang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo